Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Thursday, December 31, 2009

ღselamat tinggal 2009ღ

hari ni merupakan hari terakhir buat kita semua di tahun 2009..banyak perkara yang telah berlaku pada aku di tahun ni..pahit manis telah aku lalui dengan penuh syukur dan redha..banyak jugak pengalaman yang aku kutip di tahun ini tak kurang juga dengan kejutan..semuanya akan aku jadikan panduan untuk meneruskan hidup.

tahun 2009, aku mulakan dengan penuh kegembiraan apabila bie kembali semula dalam hidup aku setelah sekian lama beliau menyepikan diri namun semuanya tak lama. kerana di akhir bulan oktober 2009, aku mengambil keputusan drastik untuk memutuskan hubungan persahabatan kami..aku sedar aku bertindak kejam pada bie, tapi aku tak mampu untuk terus bohongi diri aku sendiri dan aku juga tidak mahu terus-terusan dibohongi..lebih baik kami berdua membawa haluan masing-masing tapi itu tak bermakna yang aku akan melupakan beliau kerana di antara kami tersimpan sebingkai kenangan cinta yang terindah..

tanggal 5 mac 2009, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kemalangan adik bongsuku semasa beliau memandu ke tempat kerja..hampir sebulan kami berulang alik ke hospital raja perempuan zainab II, kota bharu..namun aku tetap bersyukur kerana disebalik musibah kemalangan tersebut, ada hikmah yang cukup bermakna buat bonda untuk terus tersenyum riang..

aku juga banyak bercuti di pertengahan tahun 2009hee hee..selain bercuti dengan bos ke melaka, negeri sembilan dan kuala lumpur aku juga bercuti dengan keluarga ke klang.

9 september 2009(090909), hari bahagia buat seseorang tapi hari ini jugalah yang telah meruntuhkan segalanya..suatu kejutan yang tak pernah aku jangkakan..aku tak mampu untuk berbuat apa-apa kerana apa jua yang aku cakap seumpama mencurah air di daun keladi..jadi aku lebih senang mendiamkan diri dan hanya sekadar melihat apa yang berlaku..

sebelum berakhir tahun 2009, aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah..aku cukup gembira dengan kehadiran mereka kerana sedikit sebanyak mereka mampu mengurangkan tekanan yang aku hadapi tapi aku sedar keadaan sebenarnya semakin runcing..ibarat telur di hujung tanduk..aku tertekansad dengan apa yang berlaku namun aku tetap bersyukur kerana aku tak keseorangan..aku tau ALLAH sentiasa ada disisi aku..aku juga berterima kasih pada sepupu-sepupuku yang tak putus-putus bagi semangat..aku juga bersyukur kerana di saat ini jugalah diawink hadir untuk menenangkan aku dan alhamdulillah, kami semakin rapat. inilah saat yang paling menggembirakan untuk aku memulakan tahun baru 2010.
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi

Ku percaya tidak sia-sia aku diuji

Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti


(ku percaya ada cinta | siti nurhaliza)


EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING

tahajjud cinta | siti nurhaliza

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita

sungguh aku bukan wali

yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu

limpahi ku rahmat kasihmu

dalam tahajjud cinta bersujud

Read more...

Tuesday, December 29, 2009

ღcinta terakhirღ



cinta terakhir | aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Read more...

Sunday, December 20, 2009

ღterima kasih daun keladiღ

alhamdulillah..akhirnya aku dapat siapkan kerja seminggu yang lepas dengan jayanya..huhuhu. nasib baik kekasih gelapku yang aku dah kenal selama 10 tahun, sanggup nak hantar dan temankan aku untuk ke tempat cetak..nak minta tolong abah, beliau nak kena hantar adik aku ke tempat kerja, tambahan pulak beliau tak berapa sihat..tak sampai hati pulak aku..

jika selama ni tugas aku hanyalah menyiapkan setting, tapi sekarang tidak lagi..dari menerima tempahan, membuat setting, plet hinggalah ke tempat cetak..semuanya aku yang kena uruskan..hingga terkadang aku rasakan yang aku ni superwoman lak..

juz me

penat badan hanya Allah SWT saja yang tahu..patut lah ada orang bila dah bawa kereta dah tak boleh lagi buat kerja yang lain..apa yang pasti, aku bersyukur sebab banyak perkara yang aku belajar hari ni..aku redha apa yang berlaku pada aku dan aku tak salahkan sesiapa..biarlah aku buat kerja sorang-sorang asalkan aku rasa
happy

juz enjoy da song

Ungu - Kekasih Gelapku

ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yang kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yang panjang dalam hidupku

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku


n-r: biar penat badan tapi jangan penat jiwa..sengsara aku dibuatnya

Read more...

Sunday, December 6, 2009

ღkenanganღ

petang semalam sebelum aku sampai ke lapangan terbang sultan ismail petra, aku sempat singgah ke sekolah lamaku..SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (STMFP) yang telah aku tinggalkan selama hampir 17 tahun..terkejut pak guard bila aku katakan yang inilah kali pertama aku jejakkan kaki aku semula selepas aku tinggalkannya pada tahun 1992..bukan aku tak nak ke sana, tapi apa yang aku alami sepanjang 1 setengah tahun berada sekolah tersebut membuatkan aku trauma selama hampir 10 tahun..hampir setiap malam aku bermimpi yang menakutkan lebih-lebih lagi bila aku teringatkan pengetuanya yang sewel tarap gaban tu..

alhamdulillah, sekarang trauma tu dah pun hilang..aku dah kembali yakin untuk pergi ke sana.. namun aku terkilan sebab tak sempat berjumpa dengan guru sejarahku, EN. KHAIRUDDIN kerana beliau telah kembali ke rahmatullah..semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh yang maha Esa..AL-FATIHAH.
farisian

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

ღbanjirღ

nampak gayanya banjir kali kedua menyusul lagi..

banjir

Read more...

Monday, November 30, 2009

ღsalam takziahღ

berita pemergian ayahanda bie yang tercinta ke rahmatullah benar-benar mengejutkan aku..jika selama ni bie akan sentiasa menelefon aku bercerita perihal ayahandanya yang sedang sakit atau sedang terlantar di hospital tapi kini tidak lagi..semuanya gara-gara aku yang membuat keputusan untuk memutuskan persahabatan kami..bukan aku sengaja untuk berlaku zalim atau kejam pada bie tapi keadaan memaksa..

aku doakan agar roh TUAN HAJI AMAN dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman..aminnn

semoga bie sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah SWT dan redha dengan ketentuanNYA.

aku tamatkan entri hari ini dengan lagu yang sering bie dendangkan..



pergi tak kembali | rabbani

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Read more...

Sunday, November 29, 2009

ღhari untuk rehatღ

fuhwhew! baru hari ni aku dapat rehat..sejak dari hari raya pertama aku dok buat keje..penatnya tuhan saja yang tau..so aku ambil keputusan untuk berehat jer hari ni..esok baru aku nak masuk keje..hehehe

sambil-sambil tu jom kita layan lagu ni



sampai mati | putih

Pahamilah semua apa yang terjadi
Saat hati tak lagi bisa berkata
Mungkin bahagiamu bukan tuk diriku
Biarkan semua ini jadi kenangan

Lupakan semua cerita cinta
Tinggalkan jiwaku yang terluka

Reff:
Sampai mati kisah ini kan ku jaga
Hingga berakhir nafasku
Putih cintaku untukmu
Sampai mati dirimu kan dihatiku
Tiada mungkin tuk terganti
Walau semua telah berlalu

Atas nama cinta kau yang kubanggakan
Inilah hidup tak perlu disesali
Biarkan semua tetaplah terjaga
Sebingkai kenangan cinta yang terindah

Lupakan semua cerita cinta
Tinggalkan jiwaku yang terluka
layang-layang

Read more...

Sunday, November 15, 2009

ღku cari damai di hatiღ




ku cari damai di hati | gingerbread

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Read more...

Thursday, October 29, 2009

ღselamat malam | faizal tahirღ


Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku


n-r: walau jauh dimata, namun tetap dekat dihati..gonna miss uPhotobucket

Read more...

Monday, October 26, 2009

ღsadღ

apa yang berlaku hari ini seolah-olah ada kesinambungan dengan entry salam terakhir tanggal 24 oktober 2009..

apa yang berlaku benar-benar buat aku terkejut, terkedu dan dalam masa yang sama bingung..sungguh aku tak sangka dan jangka perkara sebegini akan berlaku dalam hidup kami.

semoga apa yang berlaku akan membuatkan aku tabah dan kuat untuk meneruskan hidup..

aku tau dia terluka dan aku berharap agar lukanya akan segera sembuh. aku juga berdoa agar dia kembali semula kerana dia sebahagian dari kami..

Read more...

Saturday, October 24, 2009

ღsalam terakhirღ



"perpisahan adalah pahit dan ini adalah satu pengalaman...."
sudirman haji arshad


hari ini aku nekad mengucapkan salam terakhir padanya setelah lima tahun usia persabahatan kami..usah di tanya mengapa aku bertindak sedemikian rupa kerna aku tau dia faham..

aku rasa sekarang adalah masa yang cukup sesuai untuk aku melakukan sesuatu yang dah terlalu lama aku tangguhkan..kali ni aku tak kan berpaling
lagi..aku tekad dengan keputusan itu..terima kasih atas segala kenangan terindah yang pernah kita lalui tatkala bersama..aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaannya..mohon maaf atas segala keterlanjuran kata selama kita bersama


salam terakhir siti nurhaliza

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu


Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

n-r: semoga impian yang telah dibina berbelas tahun tak akan terkubur..aminnnn

Read more...

Monday, September 14, 2009

ღsms dari temasekღ

hari ini aku menerima sms dari bie bertanyakan persiapan raya yang bakal menjelma..kataku, da tua-tua ni aku tak fikirkan sangat akan hal-hal baju raya. malahan baju raya aku tu da pun aku pakai semasa konvo sepupuku tempohari..

menjadi kelazimanku setiap kali ber sms dengannya aku tidak akan lupa bertanyakan khabarnya..jika selama ini aku pasti akan sedaya mungkin sakitkan hati dia dengan ayat-ayat laser tapi tidak hari ni kerana balasan sms darinya menuntut mutiara jernih mengalir di pipiku..dia meminta aku mendoakan agar dia segera sembuh dari sakit dada..tergamam aku seketika tatkala mendengar perkhabaran tersebut..terasa ingin segera terbang ke sana tapi aku tau aku tak mampu untuk berbuat apa-apa..

katanya doktor mengesahkan yang denyutan jantungnya normal tapi dadanya terasa seperti dipicit-picit..aku menyarankan agar dia mencuba perubatan alternatif sebagai ikhtiar..aku doakan agar semuanya kan baik-baik saja..hanya doa yang mampu aku berikan padanya..

di akhir sms, bie memohon maaf denganku..entah kenapa aku terasa seolah-olah kali ni bie ikhlas memohon maaf dariku dan sekali lagi mutiara jernih gugur tanpa ku pinta..


Read more...

Saturday, September 5, 2009

ღciter minggu lepasღ

wake me up when september ends | green day

Summer has come and passed.
The innocent can never last
Wake me up,
When September ends.

Like my father's come to pass,
seven years has gone so fast.
Wake me up,
When September ends.

Here comes the rain again,
Falling from the stars;
Drenched in my pain again,
Becoming who we are.

As my memory rests,
But never forgets what I lost.
Wake me up,
When September ends.

Summer has come and passed.
The innocent can never last.
Wake me up,
When September ends.

Ring out the bells again.
Like we did when spring began.
Wake me up,
When September ends.

Here comes the rain again,
Falling from the stars;
Drenched in my pain again,
Becoming who we are.

As my memory rest,
But never forgets what I lost.
Wake me up,
When September ends.

Summer has come and passed.
The innocent can never last.
Wake me up,
When September ends.

Like my father's come to pass.
Twenty years has gone so fast.
Wake me up,
When September ends.
Wake me up,
When September ends.
Wake me up,
When September ends....

sedar tak sedar dah pun masuk bulan september..SEPTEMBER, bulan yang tak kan mungkin aku dapat lupa..lebih-lebih lagi tanggal 24 september 2005..saat pertama kali aku bertemu dia..aku pun kadang-kadang naik heran..naper sampai ke saat ini aku masih tak boleh nak lupakan dia..kalau dia tak sms, aku tertunggu-tunggu, rindu pun ada..hehehe..tapi bila dia sms, memang sah aku akan "cincang" dengan ayat-ayat laser aku..sampai merajuk dia aku kenakan.."b majuk ngan nany la, ckp b jantan ...." (ni statement dia sendiri yang ckp)..punya la aku gelak bila dia sms cam tu..sapa suh taip yang bukan2 kat aku..sah-sah la kena..sms ni dia antar selepas dia bagi tau yang bonda kak zana telah kembali ke rahmatullah tanggal 3 september 2009..terkejut gak aku dengar berita tu sebab aku penah jumpa ngan bonda kak zana tu..aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan semoga kak zana sekeluarga tabah menghadapi ujian dari yang maha Esa..

kita tinggalkan dulu citer yang meruntun jiwa ni buat seketika...tak elok kan dalam bulan puasa dok mengenang kenangan silam..

sepanjang minggu lepas aku tak buat entry so minggu ni aku kumpulkan la jadi satu entry termasuklah kisah kat atas tu...

selama ni aku berterawih di madrasah yang berdekatan dengan rumah tapi minggu lepas bonda mengajak akuberterawih di masjid kat kampung kami..so tak nak hampakan permintaan dia aku pun ikutlah...aku sebenarnya tak berapa suka nak solat terawih kat masjid tu sebab bising dengan budak-budak yang tak solat dan yang paling aku tak tahan, bilal masjid..rasa nak terkeluar gegendang telinga aku bila setiap kali beliau membaca ayat selepas terawih tu..dia bukan baca dengan kuat tapi menjerit..aku salute la dengan jemaah yang tahan telinga dengar suara dia..balik dari masjid terus aku nagi tau bonda yang aku tak nak lagi ke masjid..biarlah aku ke madrasah jer..kat sana lebih aman, bacaan imam pun bagus dan yang paling penting, gegendang telinga aku tak terkeluargelak guling





Read more...

Saturday, August 29, 2009

ღpuasaღ

alhamdulillah, hari ini aku dah mulai puasa..baru arini aku terasa aura ramadhan almaklumlah setelah hampir seminggu aku "beraya".

inya Allah malam ni aku akan ke madrasah yang sering aku kunjungi setiap kali menjelang ramadhan untuk berterawih..










nr: semalam di galaksi TV9 ada menayangkan kisah arwah ustaz asri..segera mengingatkan aku akan seseorang yang lahir pada tahun yang sama....entah apa kabarnya sekarang ini

Read more...

Saturday, August 22, 2009

ღmarhaban ya ramadhanღ

ramadhan09
ALHAMDULILLAH, hari ini semua umat ISLAM mula menjalani ibadah puasa kecuali bagi mereka yang uzur syari'e seperti aku..hehehe..rasa rugi sangat sebab tak boleh nak gi solat terawih untuk malam yang pertama..tapi apakan daya, bukannya aku sengaja tak nak gi..

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa & solat terawih pada semua ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai..semoga segala amalan kita diterima ALLAH swt dan mohon maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara.

harapan ramadhan | man bai & raihan

ku mengharapkan ramadhan

kali ini penuh makna
agar dapat kulalui
dengan sempurna

selangkah demi selangkah
setahun sudah pun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa ku berada
di bulan ramadhan semula

puasa satu amalan
sebagaimana yang diperintahnya
moga dapat ku lenturkan
nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti-henti

tak ingin ku biarkan ramadhan berlalu saja
tuhan pimpinlah daku yang lemah
mengharungi segalanya dengan sabar
kita memohon pada tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada tuhan diterima amalan

selangkah demi selangkah...
dengan rahmatmu oh tuhanku...
ku tempuh jua

Read more...

Monday, August 17, 2009

ღhari ini dan semalamღ

HARI INI genap sebulan peristiwa aku diBABUNkan berlaku...eh! eh! BABUN lakfuhhh, BABU lah..tak kan mungkin aku lupa tanggal 17 julai 2009...aku sungguh tak sangka yang mereka tergamak melakukan sebegitu kat aku semasa kami ke pantai cahaya bulan tempoharisad...may be sebab mereka tau yang aku ni jenis tak suka nak gaduh..hanya mengikut..hanya mengangguk maka diperlakukan aku sebegitu..yang makin hangatkan ati aku tu mereka siap rekrut mak-mak janda kenakan aku..ada ke patut suruh aku jaga makanan dan segala beg tangan mereka. hanya semata-mata mereka nak bersuka ria di pantai..dorang ingat aku ni bibik dorang ke? bila lak korang bagi surat tawaran suh aku jadi BIBIK?

makin membarakan ati aku bila dia datang memberitahu yang dia seronok boleh menunggang kuda..langsung tak menunjukkan rasa bersalah membiarkan aku sorang-sorang kat situ..siap mak janda menambah, "kesian dia, dok sorang-sorang kat sini"..dalam ati aku.."H1N1 sungguh janda jongang niangry"

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

SEMALAM lak satu peristiwa lucu berlaku pada aku..selalunya aku gelakkan adik bongsuku tapi kali ni terkena kat aku lak..

setelah aku solat isyak, bonda masuk ke bilik dan bertanya "kenapa yang remote tv ni sampai ke bilik?" aku pun apa lagi terus gelakgelak guling..aku ingatkan aku capai handphone masa nak masuk ke bilik tadi rupanya remote tv

Read more...

Saturday, August 8, 2009

ღbeledo bodoღ

akhirnya hajat aku nak makan beledo bodo termakbul jua semalamdancing...dengan berkat kesabaran aku yang maha kurang nak sabar niwistle..akhirnya terhasillah jugak dizet ni...tapi apakah itu beledo bodontahkuang...kuang...kuang...beledo bodo ni hanya kaum kerabat aku yang terdekat jer yang fahamhee hee..

setiap kali d angels ke majlis kenduri kahwin...perkara pertama yang akan aku terkam adalah beledo bodoyummy..aku pun tak tau naper aku suka sangat dengan dizet tu..da nama pun bodo kan so mesti la tak berapa nak best..tapi yang pasti aku suka gudbangat (terpengaruh dengan sinetron rahasia pelangilaugh)..

eh!eh!fuhhh lupa lak aku nak bagi tau apakah itu beledo bodo..beledo tu dalam loghat ibunda aku daa..dalam bahasa persuratannya AGAR-AGAR..aku tambah bodo tu sebab agar-agar tu hanya sekadar dicampur dengan pewarna merah, gula dan daun pandan sahaja...no fancy decoration..tiada buah-buahan campuran..just plain itu pasal lah aku panggil beledo bodogelak guling
Photobucket

Read more...

Monday, August 3, 2009

ღoren's babyღ

wahhh!!! da sebulan aku tak buat entri rupanya...sebenarnya bukan tak ada entri bulan lepas tapi semuanya dok dalam draft..aku pun tak pasti bila aku nak publish semua tu...silap-silap memang tak akan publish..hehehe

owh yer! baru kejap tadi bonda telefon aku memberitahu yang oren telah selamat melahirkan 3 baby...sejak dari semalam lagi aku tengok oren dok risau sampai aku bagi makan pun dia buat dek..akhirnya oren dah pun jadi ibu..happy for you oren

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

ღyang di tunggu dah tibaღ

segala apa yang aku syak selama ini akhirnya terbongkar jua..kiriman mms darinya langsung tidak memeranjatkan aku..malah aku bersyukur kerana akhirnya aku tahu akan kebenarannya..

tahniah di atas kelahiran muhammad izz rayyan tanggal 6 januari 2009

Read more...

Monday, June 29, 2009

ღingat dirikuღ

ingat diriku | chandra feat sheila majid

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu

Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai di sini
Hingga kini bersama lagi

Reff:
Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu

Kuingat dirimu yang pernah

Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini menjemputku
Semoga kita bersama lagi

Back to Reff:

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu

Read more...

Friday, June 19, 2009

ღsalam keputerianღ

hari ini genap usiaku 34 tahun..syukur ke hadrat Ilahi kerana di usia ini aku masih mampu menghirup udara segar di bumi bertuah..

terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada kalian yang sudi melayangkan ucapan di hari keputerianku..tak kira lah melalui apa cara sekali pun..aku sangat-sangat menghargainya..

sms pertama yang aku terima pagi tadi benar-benar membuatkan aku terharu..pada mulanya aku ingatkan sepupuku yang mengirimnya..tapi setelah aku selidik, aku benar-benar terkejut..rupa-rupanya memang pakcik ku sendiri yang mengirimkannya, bukan seperti yang aku sangkakan..terima kasih cik din atas ucapan yang diberi..INSYA ALLAH! semoga doa cik din dan doa-doa kalian semua akan menjelma nyata satu hari nanti..aminnnn

34th birthday

Read more...

Sunday, June 14, 2009

ღutusan melayuღ

alhamdulillah, kami telah pun selamat sampai di pasir mas lebih kurang jam 5.15 pagi..

petang semalam, selepas check out dari rumah universiti, UM, kami ke pejabat utusan melayu di jalan chan sow lin..teruja jugak la bila sampai kat situ, maklumlah selama ni aku cuma baca utusan malaysia & mingguan malaysia, tapi kali ni siap pergi ke pejabatnya..terima kasih atas layanan warga utusan kepada kami..

nanyrazaly @ utusan

Read more...

Friday, June 12, 2009

ღmalam puisi utusanღ

pagi ni kami ke KL lagi kerana ingin melihat persembahan ybhg. dato' prof. dr. hashim yaacob di malam puisi utusan..kami bertolak jam 9.00 pagi dari kediaman ybhg. dato' prof. dr. hashim yaacob di tanah merah dengan menaiki kereta beliau..kali ni kami tidak melalui jalan yang biasa kami lalui iaitu gua musang sebaliknya melalui jeli..satu pengalaman baru buat kami..walaupun agak jauh tapi berbaloi. terima kasih dato'.

pada sebelah malamnya kami ke majlis malam puisi utusan yang turut dihadiri sasterawan negara dato' a. samad said..pada malam tersebut juga dato' siti nurhaliza telah menyampaikan puisi rozais al-anamy (bos aku la tuhee hee) yang bertajuk lelaki yang patah sayap kirinya..
malam puisi utusan | 12 jun 09
dari kanan zanazanzaly, rozais al-anamy dan ybhg. dato' prof. dr. hashim yaacob
malam puisi utusan | 12 jun 09

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

ღ09-06-09ღ

aku suka sangat dengan tarikh hari ni 09-06-09..cantik kan? ramai juga pelanggan kami yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan.. kami doakan kalian berbahagia hingga ke akhir hayat..aminn

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Andai Kau berkenan, limpahkan rasa cinta kepada mereka
yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah al-Qubra.

Ya Allah,
Jadikanlah mereka suami dan isteri
yang saling mencintai di kala dekat
saling menjaga kehormatan di kala jauh
saling menghibur di kala duka
saling mengingatkan di kala bahagia
saling mendoakan dalam kebaikan
dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan
dalam ibadat bukti ketaatan mereka
kepada-Mu dan sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah,
Indahkanlah rumah mereka
dengan kalimah-kalimah suciMu yang suci.
Suburkanlah mereka dengan keturunan yang membesarkan asma'Mu.
Kurniakanlah mereka anak-anak soleh yang Engkau redhai.
Jadikan anak-anak mereka, Ya Allah
teladan yang baik bagi manusia.

Amin, Ya Rabbal 'Alamin.

Read more...

Tuesday, June 2, 2009

ღselamat pulangღ

jam 8.00 pagi kami sekeluarga bertolak pulang ke pasir mas..kali ni kami tidak lagi berempat tapi berlima..sepupuku turut sama ke kelantan untuk pulang ke rumah ibunya di bachok..kami selamat sampai di pasir mas tepat jam 3.30 petang..alhamdulillah semuanya selamat.

perkara pertama yang aku buat setelah sampai di rumah ialah cari oren...

my love
kesian oren..baru kena tinggal 6 hari dah kurus

Read more...

Monday, June 1, 2009

ღwelcome juneღ

yeydancingyeydancingjune is coming..
june

tak faham-faham lagi ker?..tu tandanya hari tua aku dah makin dekat lalaugh

june bukan hanya sekadar bulan kelahiranku..june juga yang menemukan aku dengannya..pasti aku takkan lupa setiap memori yang tercipta ..

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
(lirik memori tercipta | shila oiam)

sebuah kenangan terindah yang pernah aku miliki..terima kasih aku ucapkan untuk kenangan itu..

kenangan terindah | samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku

Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Read more...

Sunday, May 31, 2009

ღno titleღ

hari ini kami (aku, adik bongsuku & anak-anak makcik) semua diberi bonus..bonusnya kami diberi peluang untuk bangun lewat sedikit dari semalam, ingatkan dapat la bangun jam 10.00 atau 11.00 pagi..rupanya lewat sampai jam 8.30 pagi jer laugh

pagi ni kami ditugaskan untuk mengelap pinggan mangkuk bagi majlis semalam..alhamdulillah, semuanya selesai sebelum masuk waktu zohor..lepas solat zohor kami keluar jalan-jalan ke klang parade kerana sepupuku ingin mencari blazer sambil merehatkan minda dan badan.

Read more...

Saturday, May 30, 2009

ღmajlis kesyukuran dan tahlilღ

hari ini di rumah makcikku di meru, klang akan mengadakan majlis kesyukuran dan tahlil sempena puteri sulongnya berjaya menamatkan pengajian KPLI nya dan telah menjadi seorang guru..

majlis bermula sekitar jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 7.00 petang..alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan sempurna..walaupun kami semua kepenatan yang amat sangat tapi kami gembira sebab dapat berkumpul dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bersua muka..


Read more...

Friday, May 29, 2009

ღmajlis konvokesyenღ

aduh...hari ni aku kena bangun awal pagi lagisighjam 5.00 pagi dah kena bangun sebab kami nak bertolak jam 6.30 pagi..nak berjalan punya pasal, pagi pun pagi lahlaugh

hari ni aku kena temankan sepupuku ke majlis konvokesyennya yang diadakan di dewan sri siantan, kompleks perbadanan putrajaya sebab parents dia kena selesaikan hal untuk majlis kesyukuran dan tahlil yang bakal diadakan esok..selain aku, suaminya, adik bongsuku dan adik sepupuku juga menemaninya.
my graduation day
my kazen's graduation day

Photobucket
sempat lagi tu nak posing depan istana kehakiman..hehehe

nasib baik majlis berakhir lebih cepat dari yang dijadualkan..so boleh lah kami balik awal sebab banyak lagi kerja yang belum diselesaikan untuk majlis esok..

kami sampai di rumah jam 3.30 petang, setelah selesai lunch dan mengambil kek untuk diberi pada tamu..belum pun sempat berehat, kami terus di suruh ke dapur untuk membantu mereka (bonda dan makcik)..kerja kami selesai lebih kurang jam 12.00 malam..penatnya hanya Allah SWT saja yang tau..

n-r: esok nak kena bangun awal pagi lagicry

Read more...

Thursday, May 28, 2009

ღdari pasir mas ke klangღ

jam 3.55 pagi kami sekeluarga bertolak ke klang..syukur ke hadrat ILAHI kerana sepanjang perjalanan tak ada masalah yang menimpa..dek kerana sejuk dan nyaman, aku dan adik bongsuku syik melenasleeplaugh jer

alhamdulillah kami telah selamat sampai di klang tepat jam 12.30 tgh

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

ღtravel againღ

Photobucket
insya ALLAH, esok pagi kami sekeluarga akan bertolak ke klang..doakan perjalanan kami selamat..selamat berbloggingpeace

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

ღkali terakhir kulihat wajahmuღ

hari ini genap 4 tahun pemergian adinda ku, ridzuan ke rahmatullah..rindu sangat rasanya pada arwah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..amin..AL-FATIHAH

kali terakhir kulihat wajahmu | uji rashid

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

Read more...

Saturday, May 23, 2009

ღpendingin hawa keretaღ

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Read more...

Tuesday, May 19, 2009

ღuntukmu sayangღ


Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang

teringat pula aku pada seseorang yang sering menyanyikan lagu ini untukku suatu waktu dahulu..ke manakah beliau menghilang??

n-r: sebulan lagi usia ku akan bertambah

Read more...

Monday, May 18, 2009

ღorenღ

pagi tadi sebelum masuk ofis aku bagi oren makan nasi + ikan, tapi dia makan sikit pastu buat dek jer kat nasi tu..apa hal lak si oren ni, sakit ker dia? nampak cam lapar sebab aku tau dia belum sarapan..bila aku tengok oren tak nak makan, aku pun naik semula ke rumah untuk sarapan..selalunya bila aku tinggalkan, dia akan pergi makan semula..sangkaan aku meleset, bila aku keluar semula aku tengok ayam sedang habiskan nasi tusigh..si oren siap pandang jer..apa kes oren ni..heran bin ajaib nithink..oren terus mengiau minta di beri makan, aku pun pergi ambil makanan kucing yang aku beli jumaat lepas kat tesco..lepas aku letak dalam pinggan, laju jer oren makan..YA ALLAH! dia nak yang ni rupanyafuhhh..berlagak tul oren niwaitin

all about cat

n-r: kadang tu aku keliru, aku ni bela kucing ker singa betinascared..sampai ke hari ni oren tetap garang..masa dia tengah makan jer aku boleh belai dia..time lain, kalau tak sayang tangan..cubalah

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP