Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Thursday, January 29, 2009

ღsalam keputeraanღ

Photobucket
salam keputeraan nany ucapkanImage Hosting by Picoodle.com.semoga usiamu diberkati, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWTImage Hosting by Picoodle.com
Image Hosting by Picoodle.com
Selamat Ulang Tahun Sayang | Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Read more...

Tuesday, January 13, 2009

ღrememberingღ

Image Hosting by Picoodle.com

Remembering my classmate after few years,
My eyes filled with tears,
Everyone now is busy a lot,
No one escaped destiny's plot.

Saw the girl, whom once I thought as my best friend,
Oops! Today she is somebody else girl friend,
After months, remembered about her for a little while,
Heard she is happy, that make me smile.

Everything is fresh in my mind,
Wish life could just rewind,
Lets laugh, play and rejoice,
Once again become a high school girls.

Chatting, and laughing,
Till the painful moment of separation,
When it was time to part,
We returned with heavy heart.

Today life is full of commitments,
And too many worries,
But those cherished moments,
Will live forever in my memories!

written by unknown | edited by nanyrazaly

Read more...

Monday, January 12, 2009

ღberbanggalah menjadi wanitaღ

Seorang wanita pernah mengeluh, kenapalah aku dijadikan sebagai wanita? Alangkah seronoknya kalau dijadikan sebagai lelaki....

Saya yang mendengar keluhan tersebut tika itu hanya mampu tersenyum dan melafazkan; bersyukurlah kerana ditakdirkan menjadi wanita. Cukup dengan perkataan-perkataan itu kerana saya tahu, wanita tersebut sudah terlalu berkecamuk dengan masalah yang dihadapinya dek kerana seorang lelaki bernama suami.

Hakikatnya, kenapa harus mengeluh dengan kejadian diri? Tidakkkah rakanku sekelian mengetahui, betapa hebatnya kedudukan kita sebagai wanita. Sememangnya, kebanyakan antara kita menjadi mangsa penderitaan yang disebabkan oleh lelaki tetapi derita tersebut hanya di dunia semata.

Islam telah menjanjikan martabat yang tinggi untuk kita sekiranya kita patuh dengan perintahNya. Malahan, sebagai wanita, kita adalah makhluk yang lebih mudah untuk mengumpul pahala.

Sebuah hadis Rasulullah SAW menyebutkan bahawa: Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia dan dia juga mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Bukan itu sahaja, segala jerih payah kita mengandungkan zuriat suami juga mendapat pengiktirafan yang amat tinggi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Subhanallah…Maha suci Allah, betapa besarnya anugerah yang Islam berikan kepada yang dilahirkan sebagai wanita.

Mengikut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – hadis riwayat Muslim. Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Di dalam al-Quran pula, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting:
pink.png Pictures, Images and PhotosPertama: wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

pink.png Pictures, Images and PhotosKedua: wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

pink.png Pictures, Images and PhotosKetiga: wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ramai personaliti wanita terbilang yang mampu menjadi teladan kepada wanita-wanita dewasa ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – hadis riwayat Bukhari”

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah SWT serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Khadijah adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah ketua segala wanita dan juga seorang wanita mithali. Setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan wanita hari ini.

Islam menganjurkan setiap lelaki yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – hadis riwayat Abdullah ibn Humaid.

Hadis ini menjelaskan, aspek keagamaan dalam diri seorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa akan mendorong ketaatan kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: “...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” – surah an-Nisa, ayat 34.

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – hadis riwayat Al Hakim dan Tirmizi.

Yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya. Anak yang menerima pendidikan dan bimbingan yang baik akan menjadi aset paling penting, bukan sahaja kepada ibu bapa, malah kepada seluruh masyarakat, agama dan negara.

Betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar- benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – hadis riwayat Al Tausi.

Lantas…berbanggalah…!

Read more...

Saturday, January 10, 2009

ღdi taman teman | siti nurhalizaღ

zr  rqdl, angel,  Image Hosting

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

Read more...

Wednesday, January 7, 2009

ღ10 rahsia hidup indahღ

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. HORMAT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let's get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. KEMAAFAN
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERKONGSI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berkongsi. Berkongsi apa saja, berbual bersama teman2, berkongsi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.

Image Hosting by Picoodle.com Image Hosting by Picoodle.com

hari ini juga merupakan hari pen"delete"tan akaun sedunia. hari ini aku mengambil keputusan men"delete" akaun tagged, hi5, myspace & netlog.Image Hosting by Picoodle.com

Read more...

Tuesday, January 6, 2009

ღdia | fauziah latiffღ

petang semalam, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat keje aku sempat mendengar siaran radio sinarfm yang memang telah tersedia pasang oleh abahku di dalam kereta. tersentak aku seketika bila mana dj yang bertugas memutarkan lagu DIA dari FAUZIAH LATIFF. dah lama benar aku tak mendengar lagu tersebut dan setiap kali mendengarnya, hati aku terasa sayu yang amat sangat

layang-layang disambar nuri,
madu kelapa dalam tempayan;
lagi tak hilang tanjung puteri,
tidak kulupa padamu tuan.
Photobucket

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi sehingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

DIA...yang takkan pernah aku lupakan

Read more...

Saturday, January 3, 2009

ღselamat tahun baruღ


rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru pada semua. sejak dari 31hb disember 2008 lagi kesihatancover, flu,  Image Hosting aku tak mengizinkan aku untuk datang bekerja apatah lagi memblog maka sebab tu lah tak der entry tanggal 1 january yang lalu tapi alhamdulillah hari ni aku dah pun kembali ke tempat kerja dan dapatlah memblog walaupun masih pening-pening lalatImage Hosting by Picoodle.com.
kepada semua selamat tahun baru aku ucapkanImage Hosting by Picoodle.com. semoga lembaran baru dapat memberi keinsafan atas kesalahan yang lalu dan jadikanlah tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya


Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP