Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Monday, March 30, 2009

ღalhamdulillahღ

syukur alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, hari ini adikku telah pun boleh mula bekerja..semoga adikku telah sihat sepenuhnya dan kembali ceria seperti dulu..aminnn

♥diellarazaly♥

Read more...

Saturday, March 28, 2009

ღselamat hari keputerian, eiraღ

semalam (27 mac 2009) hari ulangtahun kelahiran sepupu aku yang ke 23Photobucket..hampir saja aku terlupa akan tarikh keramatnya itu kerana sehari sebelumnya, aku terlalu penat gara-gara terpaksa menunggu lama di hospital sebelum adikku dibenarkan keluar dari hospital kerana doktor tersilap memberi tarikh MC kepadanya.

♥smile from ur heart♥
selamat hari lahir ku ucapkan
moga dirimu sentiasa gembira
Photobucket

Read more...

Wednesday, March 25, 2009

ღsenandung jiwaღ

Photobucket
petang semalam noble art gurls bersembang perihal teman sejiwa dan juga sebuah lagu yang bisa membuatkan salah seorang dari kami menangis pabila mendengarnya..sebenarnya perkara sebegini telah lama berlaku kepadaku..

dua tahun yang lalu sehinggalah ke detik ini, setiap kali aku mendengar lagu teratai yang disenandungkan sendiri oleh BIE, hati aku tak semena-mena menjadi sayu dan mutiara jernih akan mula mengalir ke pipi..aku sendiri pun tak faham mengapa perkara sebegini berlaku dan aku jugak tak sangka ianya akan berlaku.


Photobucket
n-r: tok keno ke demo, sedak la kecek..tak gitu cik rozaisImage Hosting by Picoodle.com

Read more...

Monday, March 23, 2009

ღhospitalღ

nampaknya sepanjang bulan ni, kami sekeluarga akan semakin akrab dengan hospital. petang semalam, adik bongsuku dimasukkan semula ke wad kecemasan di hospital raja perempuan zainab II untuk kali yang ketiga kerana mata dan badannya menjadi kuning kesan dari hatinya yang tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kemalangan tempohari.

baru jer rasa nak rehatkan badan, dah kena berulang alik ke hospital semula. penat dulu pun belum hilang lagi. terima sajalah dengan redha ujian dan dugaan dari Allah SWT..bak sindiran abang Z..hadapi dengan senyuman

p/s: terima kasih yang tak terhingga buat abang-abangku sekelian atas keperihatinan mereka akan kesihatan adikku. doa kalian amat kami dihargai.

Read more...

Saturday, March 21, 2009

ღhadapi dengan senyumanღ


lagu ni khas buat abang Z yang kisahnya hampir sama namun tak serupa

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
Image Hosting by Picoodle.com

Read more...

Thursday, March 19, 2009

ღkisah aku dan diaღ

Photobucket

petang tadi aku berbicara dengan abang Z perihal seseorang yang sentiasa meninggalkan tanda di sudut kamar hatiku..teramat sukar untuk aku lupakan beliau..makin aku cuba untuk lupakan, makin rindu aku padanya..situasi itu kami kongsi bersama kerana abang Z juga menghadapi masalah yang sama tapi tidak serupa.

kataku pada abang Z, aku yakin yang beliau akan kembali semula dalam hidup aku seperti yang pernah berlaku sebelumnya..

namun pada awal malamnya keyakinanku sedikit goyah kerana petanda yang sering aku tunggu tidak muncul. hatiku sedikit gusar namun aku masih cuba untuk meyakinkan diri.

tak aku sangka, apa yang telah aku katakan pada temanku petang tadi benar-benar berlaku..tepat jam 8.29mlm beliau menghubungiku semula setelah hampir 2 bulan beliau mendiamkan diri tanpa sepatah kata..girang hatiku hanya Allah SWT saja yang tau..

"terima kasih kerana memberiku setitis sinar bahagia"
Photobucket
Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku


(lirik hanya kau yang mampu)

Read more...

Wednesday, March 18, 2009

ღpedihღ

Image Hosting by Picoodle.com

Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati

Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini

Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis
Di kemudian hari

Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini

Photobucket

Read more...

Monday, March 16, 2009

ღilmu dan hartaღ

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-
  1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
  2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan, sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
  3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
  4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)
  5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
  6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
  7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
  8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
  9. Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.

Read more...

Saturday, March 14, 2009

ღsyukurღ

alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada Allah SWT. setelah seminggu dimasukkan semula ke hospital, semalam adik bongsuku telah pun pulang ke rumah. lapang dada aku bila dia tak perlu menjalani pembedahan setelah doktor mengesahkan yang hatinya bengkak semasa kemalangan tempohari. aku berharap agar segalanya akan kembali normal dalam jangka waktu yang terdekat ni...aminnnn

get well

jutaan terima kasih aku ucapkan kepada saudara mara dan rakan taulan yang sanggup mengorbankan waktu berharga mereka untuk menziarahi adikku semasa di hospital raja perempuan zainab II, kota bharu.

Read more...

Monday, March 9, 2009

ღsalam maulidur rasul | 12 rabiul awwal 1430hღ

click to comment

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,” Sesiapa yang mengasihiku maka ia bersamaku di dalam syurga,”.


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Read more...

Thursday, March 5, 2009

ღbad newsღ

jam 8.50 pagi 2 hari yang lepas, sewaktu aku sedang bersiap ke tempat kerja, aku sekeluarga dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari orang yang tidak kami kenali. pada awalnya bondaku menyangka si pemanggil tersilap nombor namun setelah diyakinkan akhirnya bondaku faham akan berita yang disampaikan. si pemanggil memaklumkan yang adik bongsuku kemalangan dan telahpun dihantar ke wad kecemasan hospital raja perempuan zainab II, kota bharu. nasib baik gelas tidak terlepas dari tanganku setelah bonda memaklumkan kepada aku dan abah. kami segera ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 20KM dari teratak kami. MASYA ALLAH! terkejut aku melihat keadaan kelisa yang dipandu adikku dan hatiku terus terdetik..YA ALLAH! bagaimana keadaan adikku sekarang, KAU selamatkanlah dia YA ALLAH!.

Photobucket

tidak lama berada di tempat kejadian, kami segera ke wad kecemasan di hospital raja perempuan zainab II, kota bharu. terasa seperti kakiku tidak jejak ke bumi kerana terlalu cepat aku melangkah. yang aku tau, aku nak segera sampai dan biar aku orang yag pertama melihat adikku sebelum kedua ibubapaku. dalam hati tak putus-putus berdoa agar musibah yang melanda adikku tidak seteruk keadaan kelisanya.

masuk ke wad kecemasan, aku terkejut melihat seorang pesakit yang terlantar dengan hidung yang berdarah. aku ingatkan yang pesakit itu adikku tapi setelah petugas memberitahu yang adikku di katil sebelah, aku bersyukur yang teramat sangat. kecederaan adikku tidaklah seteruk kelisanya namun saat itu, kelihatan yang beliau masih trauma.

keesokannya harinya (4 mac 09) doktor membenarkan adikku pulang kerana kecederaannya tidak seberapa.

p/s: buat semua rakan taulan, berhati-hatilah di jalanraya..kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata

Read more...

Sunday, March 1, 2009

ღkini...kenanganღ

Image Hosting by Picoodle.com

Dinihari kian ku rasa
Ku imbas kembali waktu bersama
Segala kenangan silam
Bagai berlalu semalam
Hujan membasahi kita
Ku rasa bagai tangisan gembira
Dan burung bagai menyanyi
Lagu cinta

Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas semua
Kenangan yang lalu
Tiada kata ucapan di bibir
Tak ku sangka kali terakhir kini
Kau tidak akan kembali lagi

Sejenak ku tersedar pilu
Hanya bayanganmu yang menemaniku
Tapi apakan daya
Tuhan penentu segalanya

Kesal rasa hatiku
Kerna kali terakhir kita bertemu
Tiada ku melafazkan oh kata cinta

missing u,  Image Hosting

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP