Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Sunday, May 31, 2009

ღno titleღ

hari ini kami (aku, adik bongsuku & anak-anak makcik) semua diberi bonus..bonusnya kami diberi peluang untuk bangun lewat sedikit dari semalam, ingatkan dapat la bangun jam 10.00 atau 11.00 pagi..rupanya lewat sampai jam 8.30 pagi jer laugh

pagi ni kami ditugaskan untuk mengelap pinggan mangkuk bagi majlis semalam..alhamdulillah, semuanya selesai sebelum masuk waktu zohor..lepas solat zohor kami keluar jalan-jalan ke klang parade kerana sepupuku ingin mencari blazer sambil merehatkan minda dan badan.

Read more...

Saturday, May 30, 2009

ღmajlis kesyukuran dan tahlilღ

hari ini di rumah makcikku di meru, klang akan mengadakan majlis kesyukuran dan tahlil sempena puteri sulongnya berjaya menamatkan pengajian KPLI nya dan telah menjadi seorang guru..

majlis bermula sekitar jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 7.00 petang..alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan sempurna..walaupun kami semua kepenatan yang amat sangat tapi kami gembira sebab dapat berkumpul dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bersua muka..


Read more...

Friday, May 29, 2009

ღmajlis konvokesyenღ

aduh...hari ni aku kena bangun awal pagi lagisighjam 5.00 pagi dah kena bangun sebab kami nak bertolak jam 6.30 pagi..nak berjalan punya pasal, pagi pun pagi lahlaugh

hari ni aku kena temankan sepupuku ke majlis konvokesyennya yang diadakan di dewan sri siantan, kompleks perbadanan putrajaya sebab parents dia kena selesaikan hal untuk majlis kesyukuran dan tahlil yang bakal diadakan esok..selain aku, suaminya, adik bongsuku dan adik sepupuku juga menemaninya.
my graduation day
my kazen's graduation day

Photobucket
sempat lagi tu nak posing depan istana kehakiman..hehehe

nasib baik majlis berakhir lebih cepat dari yang dijadualkan..so boleh lah kami balik awal sebab banyak lagi kerja yang belum diselesaikan untuk majlis esok..

kami sampai di rumah jam 3.30 petang, setelah selesai lunch dan mengambil kek untuk diberi pada tamu..belum pun sempat berehat, kami terus di suruh ke dapur untuk membantu mereka (bonda dan makcik)..kerja kami selesai lebih kurang jam 12.00 malam..penatnya hanya Allah SWT saja yang tau..

n-r: esok nak kena bangun awal pagi lagicry

Read more...

Thursday, May 28, 2009

ღdari pasir mas ke klangღ

jam 3.55 pagi kami sekeluarga bertolak ke klang..syukur ke hadrat ILAHI kerana sepanjang perjalanan tak ada masalah yang menimpa..dek kerana sejuk dan nyaman, aku dan adik bongsuku syik melenasleeplaugh jer

alhamdulillah kami telah selamat sampai di klang tepat jam 12.30 tgh

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

ღtravel againღ

Photobucket
insya ALLAH, esok pagi kami sekeluarga akan bertolak ke klang..doakan perjalanan kami selamat..selamat berbloggingpeace

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

ღkali terakhir kulihat wajahmuღ

hari ini genap 4 tahun pemergian adinda ku, ridzuan ke rahmatullah..rindu sangat rasanya pada arwah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..amin..AL-FATIHAH

kali terakhir kulihat wajahmu | uji rashid

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

Read more...

Saturday, May 23, 2009

ღpendingin hawa keretaღ

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Read more...

Tuesday, May 19, 2009

ღuntukmu sayangღ


Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang

teringat pula aku pada seseorang yang sering menyanyikan lagu ini untukku suatu waktu dahulu..ke manakah beliau menghilang??

n-r: sebulan lagi usia ku akan bertambah

Read more...

Monday, May 18, 2009

ღorenღ

pagi tadi sebelum masuk ofis aku bagi oren makan nasi + ikan, tapi dia makan sikit pastu buat dek jer kat nasi tu..apa hal lak si oren ni, sakit ker dia? nampak cam lapar sebab aku tau dia belum sarapan..bila aku tengok oren tak nak makan, aku pun naik semula ke rumah untuk sarapan..selalunya bila aku tinggalkan, dia akan pergi makan semula..sangkaan aku meleset, bila aku keluar semula aku tengok ayam sedang habiskan nasi tusigh..si oren siap pandang jer..apa kes oren ni..heran bin ajaib nithink..oren terus mengiau minta di beri makan, aku pun pergi ambil makanan kucing yang aku beli jumaat lepas kat tesco..lepas aku letak dalam pinggan, laju jer oren makan..YA ALLAH! dia nak yang ni rupanyafuhhh..berlagak tul oren niwaitin

all about cat

n-r: kadang tu aku keliru, aku ni bela kucing ker singa betinascared..sampai ke hari ni oren tetap garang..masa dia tengah makan jer aku boleh belai dia..time lain, kalau tak sayang tangan..cubalah

Read more...

Saturday, May 16, 2009

ღselamat hari guruღ

Photobucket
selamat hari guru aku aku ucapkan pada semua guru yang pernah mendidik aku semasa di sekolah kebangsaan dato' abdul hamid, sekolah menengah kebangsaan sultan ibrahim (2), pasir mas dan juga di sekolah menengah tengku muhammad faris petra, pengkalan chepa..jasa kalian tak pernah luput dari ingatan.

sajak guru oh guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

ღhospital lagiღ

selama abahku sakit, tugas memandu diserahkan kepadaku jadi pagi ni aku membawa adikku ke hospital untuk membuat ujian ultrasound bagi kes kemalangannya tempohari..bukan ambilalih tugas memandu yang nak aku ceritakan, jadi aku bukan nak merungut dan bersungut penat atau letih kerana terpaksa menjadi supir (sekurang-kurangnya aku boleh baiki skill memandu). lagi pun my-v tu amat selesa maksud aku walau waktu panas terik, dia tetap cool jadi tak der sebab aku nak merungut panas (bila ada yang cakap aku merungut panas dan letih, baru aku perasan..rupanya ada orang terfikir sebegitu...DEMI ALLAH! tak pernah terlintas dalam hati aku untuk merungut sebegitu..malah aku rasa seronok sebab sekurang-kurangnya aku boleh hilangkan tension kerja sekejap...hehehe

back to my story, aku ingin berbicara soal sakit..insiden yang berlaku pada abahku di klinik kesihatan pasir mas baru-baru ni cukup menginsafkan aku..abah hampir saja terjatuh akibat tersepak kayu jika aku terlambat memapahnya..di saat itu aku benar-benar mengerti akan makna SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA (every cloud has a silver lining)..baru aku faham kenapa di saat ini aku masih belum bertemu jodoh atau mungkin aku ditakdirkan untuk tidak punya jodoh..jika itu ketentuan-NYA, aku REDHA..

apa pulak kena mengena dengan jodoh???...i know it's sound silly, tapi cuba bayangkan jika bonda dan abahku sakit..siapa yang akan bantu mereka jika aku terpaksa tinggal berjauhan dengan mereka?? memanglah ada jiran dan sanak saudara tapi aku dapat rasakan bahawa akulah anak yang paling tak berguna dalam dunia ni jika aku tak dapat membantu mereka berdua dan aku tahu mereka berdua tak suka nak menyusahkan orang lain..
Photobucket
...zahir kau lihat bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
zahir kau lihat hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis...
(lirik dunia batinku | ella & tam spider)

n-r: semoga mereka gembira dengan calon pilihan masing-masing..aku tumpang gembira dan semoga calon pilihan mereka menyayangi mereka dan keluarga

Read more...

Monday, May 11, 2009

ღpagi yang sibukღ

pagi ini merupakan pagi yang cukup sibuk buat aku..seawal jam 7.00 pagi tadi aku telah ke kota bharu untuk menghantar adikku ke tempat kerjanya di tesco..pulang dari sana aku singgah sekejap di pejabat..setelah selesaikan apa yang patut, aku pulang semula ke rumah untuk mengambil abahku untuk di bawa ke klinik kesihatan bandar pasir mas..sampai di klinik, nurse memberitahuku yang makmal darah masih lagi dalam proses baikpulih jadi tak boleh mengambil ujian darah..aku sedikit geram dengan jawapannya lalu bertanya, kalau dah tau masih belum siap kenapa diberi tarikh hari ini? dengan selamba dia menjawab, memang sepatutnya makmal siap awal bulan april dulu, sebab tu diberi tarikh 11 mei 2009..hey cik misi, last abah aku ke klinik ni tanggal 5 mei 2009 so pastinya korang dah tau kan yang makmal tu belum siap?? kot yer pun nak kelentong, patut-patut la..dah la abahku dipesan supaya berpuasa..kesian dia..sampai jadi gelap mata sebab perut kosong..last-last, dorang hanya menyusahkan kami..patutlah orang ramai malas nak berurusan di hospital kerajaanbad

sebelum pulang aku bertanya lagi pada nurse yang bertugas, so bila boleh ambil darah?? dia jawab, awak telefon la dulu..makin berasap aku dengar jawapan tuangry..mana la aku tau bila makmal ko tu nak siap cik kak oiii..aku bukannya kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan makmal tu..patutnya ko la yang telefon..angin betul aku ngan akak nurse nigeram

semasa dalam perjalanan pulang, abah telah ingatkan aku yang malam nanti dia nak ke klinik swasta di bandar pasir mas..

n-r: apa yang aku ceritakan bukan bermakna aku merungut penat atau letih membantu ahli keluargaku seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tapi sedikit kesal dengan sikap sebilangan manusia yang suka mengambil mudah atas segala urusan tanpa memikirkan kesusahan orang lain..

Read more...

Sunday, May 10, 2009

ღhappy mother's dayღ





bonda
gambar ini di ambil setahun sebelum kelahiranku

selamat hari ibu buat bonda tersayang

Read more...

Wednesday, May 6, 2009

ღinjuredღ

tadi siang sedang asyik memotong bisnes kad, entah macam mana pisau yang aku pegang terpesong ke atas jari telunjuk kiri ku..terhiris sedikit..cepat-cepat aku menampalnya semula dan terus ke farmasi yang berdekatan untuk membeli handyplast..nasib baik kakak di farmasi sudi membalutkan handyplast ke jariku..terima kasih banyak yer kaklove
Photobucket

Read more...

Monday, May 4, 2009

ღoren da pussycatღ

hari ni aku nak cerita pasal kucing yang baru aku cuba nak bela...sebelum-sebelum ni memang ada kucing-kucing yang selalu datang lepak kat rumah aku..tapi aku tak lah ambil kisah sangat..aku hanya sekadar bagi makan kat mereka tu pun bila ada nasi lebih jer..lagi pun kucing-kucing yang berpeleresan tu semuanya jenis perosak..habis pasu bunga bonda tunggang langgang dikerjakan mereka.

bulan lepas, aku terpandang sekor kucing betina yang berbulu oren..'cantiknya kucing tu' aku cakap kat adik aku..dia pun akui perkara yang sama..aku tanya abah, kucing sapa kaler oren tu? kata abah, jiran sebelah punya..tapi yang peliknya, bila jiran aku nak datang ambil , si oren siap marah
Photobucket
mula-mula dulu, si oren (aku panggil dia oren) ni garang sangat..memang tak der sapa pun yang boleh dekat dengan dia..kalau pergi dekat dia..sure dia buat muka garang..siap bunyi lagi..gggrrrrr....aku cuma boleh tengok dia dari jauh jer..namun akhir-akhir ni, dia dah mula nak datang dekat dengan kita orang ..gesel-gesel badan dia tapi tetap menten garang..langsung tak boleh nak sentuh..amboiiii dia manja-manja dengan kita boleh..kita nak manja-manja dengan dia tak bolehbluwek!!!
Photobucket
tapi sejak semalam..si oren ni dah tak garang lagi..bila dia gesel-gesel badan dia kat kaki aku, aku dah boleh belai-belai dia..satu perkara yang aku suka kat oren ni ialah, dia tak masuk kat dalam rumah..kalau kami buka pintu pun, dia menten dok luarPhotobucket
Photobucket
n-r: kata orang tua-tua, kalau letak nama kucing dengan nama manusia, kucing tu cepat mati...yer kerthink
Photobucket

Read more...

Saturday, May 2, 2009

ღsua rasaღ

petang ni kalau tak ada aral melintang kami sekeluarga ingin menjengah ke sua rasa tv9 yang berlangsung di perkarangan stadium sultan muhammad ke-iv selepas mengambil adikku dari tempat kerjanya.
Photobucket

selalunya aku memang cukup tak suka untuk ke tempat-tempat yang sebegitu sebab aku tak tahan panas (ala-ala puteri lilin gitushyhee hee)..lagi satu aku tak suka nak berasak-asak ngan orang ramai..rimas..tapi tah kenapa bila bonda mengajak, laju jer aku menjawab OK..

jam 3.00 petang
lebatnya hujan turun..cam mana nak pegi sua rasa nisad...dah la ni kali pertama aku nak pergi ...jangan la hujan sampai lewat petang...alhamdulillah, hujan tu cam tau-tau jer aku nak dia berhenti..kiranya tak la panas nanti bila kami sampai kat sana nanti.

jam 5.45 petang
abah dan bonda menjemputku dari tempat keje..hampir sampai ke tempat kerja adik aku..awan hitam mula menyelubungi langit semula..alamak, nak hujan lagi ker niscared..kata bonda, tak kan sampai kita kat sua rasa dengan keadaan sekarang ni..aku sedapkan hati dengan mengatakan pada bonda hujan tu nak ke pasir mas bukan kota bharu. tepat tekaan bonda, lepas parking di tesco, tempat kerja adikku, hujan turun selebat-lebatnya..

akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah..nampak gaya kena la tunggu sua rasa tahun depan jawabnyahurt

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP