Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Monday, March 29, 2010

ღsocial networkღ

Rumahtangga Zul Huzaimy Hancur Kerana Cinta Facebook?

Dunia sekarang makin aneh jadinya. Kerana cinta yang tidak tahu hujung pangkal, apa yang dimiliki hilang begitu sahaja.
Ini kisah Zul Huzaimy sebagaimana yang diceritakan melalui sebuah forum hiburan hari ini. Jadikan teladan & sempadan.
Al-kisahnya Zul Huziamy mula menyertai Facebook kerana ingin mendekati peminat & mengenali mereka dengan lebih rapat.
Namun satu tragedi cinta berlaku selepas Zul Huzaimy berkenalan dengan sorang gadis yang menggunakan nama
Aleesya Sofea dalam Facebook tersebut.
Dek kerana terpikat akan rupa paras melalui gambar Facebook sahaja, Zul Huzaimy sudah jatuh hati & sanggup bergayut berjam-jam melalui telefon setiap hari.
Gadis Facebook ini mendakwa yang beliau merupakan seorang doktor bertugas shift yang ada kaitan dengan kerabat Johor. Masih, mempunyai masa untuk melayan Facebook 24 jam.
Lebih menambahkan sadis, mereka berdua ini tidak pernah berjumpa namun Zul Huzaimy di?katakan tidak teragak-agak melepaskan lafaz cerai kepada isteri kerana mahu mulakan hidup baru dengan gadis Facebook tersebut.
Isteri Zul Huzaimy tanpa berlengah cuba mencari siapa gerangan sebenar gadis fantasi yang telah meruntuhkan rumahtangga beliau. Hasil kerjasama rakan-rakan, satu nama timbul dalam database sebuah syarikat telekomunikasi.
Gadis Facebook idaman Zul Huzaimy itu rupa-rupanya bernama Azlina Jahagir Khan yang sekarang ini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Sedih bukan?
Gadis Facebook ini juga tanpa segan silu meminjam gambar anak Zul Huzaimy, Awal Haziq untuk diletakkan dalam profile Facebook beliau.
Berita terbaru yang diterima menyatakan isteir Zul Huzaimy telah membuat satu laporan polis berkenaan kelakuan bekas suami yang suka merosakkan & mencuri harta benda milik beliau.
Berita kehancuran rumahtangga Zul Huzaimy ini bakal dikutip krew Terjah!, Fuhh!, Melodi & apa-apa rancangan yang seangkatan dengannya tidak lama lagi.
Kita tunggu sahaja apa jawapan dari mulut si empunya badan & lebih menarik jika mereka boleh jejak gadis Facebook ini sendiri.

PERINGATAN: kpd kaki facebook.... jgn sampai anda jatuh gedebook!

Photobucket
cerita kat atas tu aku terima emel dari seorang rakan pagi tadi..aku tak pasti sama ada cerita tu benar atau sekadar gosip..
pada aku bukan hanya di facebook, kat lain-lain social network pon berlaku jugak hal yang sama..cuma sekarang ni facebook yang lebih glamer dari social network yang lain, tu yang nama facebook yang naik..

aku bukan nak membela facebookkenot..pihak facebook tak bayar 20 sen pon kat aku untuk promote web page dorang..apa yang nak aku cakapkan ialah tak kira lah mana-mana social network pon perkara yang sama memang berlaku..

tak payah cari contoh orang lain..aku sendiri pon pernah melalui perkara yang sama..maksud aku, JATUH CINTA yang tak tau hujung pangkal..tak kenal siapa sebenarnya orang yang kita cinta, tak tau apa status beliau dan macam-macam lagi..masa tu facebook ni belum glamer lagi..aku kenal beliau di social network yang lain..

bagi aku, apa yang penting..KERJASAMA...bukanlahlaugh..apa yang penting NIAT kita, sejauh mana kita ikhlas dalam menjalin sesebuah persahabatan..apa pon status kita, mereka harus terima dan hormat..itu yang akan membuatkan orang lebih respek pada kita..

apa-apa pon cerita kat atas tu wajar dijadikan teladan untuk kita semua dalam mengharungi hidup yang penuh dugaan dan cabaranpeace

Read more...

Saturday, March 20, 2010

ღprogram tvღ

malam jumaat selalunya memang jarang aku menonton rancangan tv...tapi entah kenapa malam jumaat lepas, tanggal 18 mac 2010..sehabis buletin utama, aku terasa nak tekan remote ke TV1..jarang sangat aku tengok rancangan kat tv1 kecuali kalau ada perlawanan bola sepak...pada malam tu ada pertandingan akhir program adik-adikku...

program adik-adikku ini adalah sebuah rancangan realiti tv dalam skop agama yang mengetengahkan bakat penda'ie kecil dalam menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor. objektif program ini adalah untuk membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak–kanak menjadi pemimpin masa hadapan...INSYA ALLAH mereka bakal menjadi penda'ie pelapis yang disegani suatu masa nanti..

sekalung tahniah buat JAKIM dan raisnya, saudara farihin abdul fattah atas usaha melahirkan penda'ie yang hebatgud..

tahniah buat adik Muhammad Wajih Zakwan Hanif yang telah berjaya menjadi johan bagi program musim pertama ini..

pada aku program sebegini wajib diteruskan dan diperbanyakkan bagi melahirkan anak-anak yang mengenal Allah dan mencintai Rasulnya daripada mendedahkan mereka dengan dunia hiburan semata-mata..

pada keesokan harinya, jumaat 19 mac 2010 aku tengok pulak siaran ulangan semanis kurma di TV9 yg bertajuk curang di internet...kisah suami @ isteri yang mencari pasangan di laman sosial...tajuk untuk minggu ni memang terkena kat batang hidung aku sendiri..tapi itu semua kisah lama, alhamdulillah kini aku dah tak lagi terjebak dengan suami orang..cukuplah selama hampir 5 tahun aku menanggung azab sengsara...perghhh!! azab sengsara tugelak guling..tak der lah..am juz kidding!!! aku tak pernah anggap mengenali beliau tu perkara yang menakutkan...banyak yang aku belajar selama aku bersamanya...lebih-lebih lagi ilmu sabarsmile...sekarang ni dah tak ada lagi perasaan sayang padanya..yang tinggal hanyalah kenangan dan kalau aku teringat pun ianya seumpama lirik lagu alyah

sekali-sekala ada
ada rindu yang datang tiba-tiba
tak mungkin kerana sayang
cuma kadang kala aku terkenang

yesterday, tomorrow & today
bestnya musim-musim panas ni makan timun cinayummy

Read more...

Wednesday, February 17, 2010

ღbukit tinggiღ

semalam kami ke bukit tinggi, pahang..sebenarnya sepupu aku nak ke genting highland tapi aku cadangkan agar kami ke bukit tinggi sebab jaraknya tak la jauh sangat dengan genting highland tu..kami bertolak jam 10.00 pagi dan sampai sana jam 12.00 tgh.
summer fun
tapi sebelum tu aku nak cerita pasal lain dulu..jumaat lepas, tanggal 12 februari, aku dan ex-school mate, ina (suharina zaid) serta adiknya keluar jalan-jalan ke IKEA, kota damansara..best sangat keluar dengan doranggud
frenship 4-ever

balik dari IKEA, aku buatkan kek gula hangus untuk makcik aku kononnya nak bagi kat jiran sebab dia nak buat majlis pertunangan anak dia esok..tapi entah mana silapnyantah, kek tu jadi keras..selalunya aku buat ok jer..so terpaksalah makcik aku buatkan agar-agar koko untuk gantikan kek yang keras tu..

sebelah malamnya pulak, aku dan sepupu ke rumah jiran yang nak buat majlis pertunangan tu..bukan rewang sangat pun kami ni..makannya jer yang lebihgelak guling

ok..balik semula cerita kat bukit tinggi...
best jugak gi tempat tugud..cuacanya pun sejuk (biasa la puteri lilin cam aku ni mana leh gi tempat panas..hehe) pertama kali jejakkan kaki kat colmar tropicale tu rasa cam dok kat oversea lak..seronok untuk tembak-tembaklove camera

colmar tropicale
tapi jangan sekali-kali ajak aku gi japanese village...serik aku, bercinta nak naik bukit..curam giler..rasa cam nak putus nyawa nak sampai ke atas

Beautiful Moments

Read more...

Friday, February 5, 2010

ღpasar jumaatღ

kalau aku ke meru memang tak sah kalau tak ke pasar jumaat..kira wajib pergi la walaupun sekalihee hee..

ikutkan mata yang mengantuk rasa cam malas nak pergi sebab bantal masih memanggil-manggilsleepyawn tapi sebab dah wajib kan so kena la pergilaugh

sian kat pakcik aku kena buat dua trip sebab kami naik motor jer kalau pergi pasar..tujuan utama aku ikut makcik aku tu bukannya apa, nak cari tudung kaler pink..dalam banyak-banyak warna pink yang ada kat pasar tu, warna pink yang aku nak tu tak ada la pulakwaitin..pulanglah aku dengan perasaan yang sungguh kechiwa hurt..

Read more...

Thursday, December 31, 2009

ღselamat tinggal 2009ღ

hari ni merupakan hari terakhir buat kita semua di tahun 2009..banyak perkara yang telah berlaku pada aku di tahun ni..pahit manis telah aku lalui dengan penuh syukur dan redha..banyak jugak pengalaman yang aku kutip di tahun ini tak kurang juga dengan kejutan..semuanya akan aku jadikan panduan untuk meneruskan hidup.

tahun 2009, aku mulakan dengan penuh kegembiraan apabila bie kembali semula dalam hidup aku setelah sekian lama beliau menyepikan diri namun semuanya tak lama. kerana di akhir bulan oktober 2009, aku mengambil keputusan drastik untuk memutuskan hubungan persahabatan kami..aku sedar aku bertindak kejam pada bie, tapi aku tak mampu untuk terus bohongi diri aku sendiri dan aku juga tidak mahu terus-terusan dibohongi..lebih baik kami berdua membawa haluan masing-masing tapi itu tak bermakna yang aku akan melupakan beliau kerana di antara kami tersimpan sebingkai kenangan cinta yang terindah..

tanggal 5 mac 2009, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kemalangan adik bongsuku semasa beliau memandu ke tempat kerja..hampir sebulan kami berulang alik ke hospital raja perempuan zainab II, kota bharu..namun aku tetap bersyukur kerana disebalik musibah kemalangan tersebut, ada hikmah yang cukup bermakna buat bonda untuk terus tersenyum riang..

aku juga banyak bercuti di pertengahan tahun 2009hee hee..selain bercuti dengan bos ke melaka, negeri sembilan dan kuala lumpur aku juga bercuti dengan keluarga ke klang.

9 september 2009(090909), hari bahagia buat seseorang tapi hari ini jugalah yang telah meruntuhkan segalanya..suatu kejutan yang tak pernah aku jangkakan..aku tak mampu untuk berbuat apa-apa kerana apa jua yang aku cakap seumpama mencurah air di daun keladi..jadi aku lebih senang mendiamkan diri dan hanya sekadar melihat apa yang berlaku..

sebelum berakhir tahun 2009, aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah..aku cukup gembira dengan kehadiran mereka kerana sedikit sebanyak mereka mampu mengurangkan tekanan yang aku hadapi tapi aku sedar keadaan sebenarnya semakin runcing..ibarat telur di hujung tanduk..aku tertekansad dengan apa yang berlaku namun aku tetap bersyukur kerana aku tak keseorangan..aku tau ALLAH sentiasa ada disisi aku..aku juga berterima kasih pada sepupu-sepupuku yang tak putus-putus bagi semangat..aku juga bersyukur kerana di saat ini jugalah diawink hadir untuk menenangkan aku dan alhamdulillah, kami semakin rapat. inilah saat yang paling menggembirakan untuk aku memulakan tahun baru 2010.
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi

Ku percaya tidak sia-sia aku diuji

Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti


(ku percaya ada cinta | siti nurhaliza)


EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING

tahajjud cinta | siti nurhaliza

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita

sungguh aku bukan wali

yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu

limpahi ku rahmat kasihmu

dalam tahajjud cinta bersujud

Read more...

Sunday, December 20, 2009

ღterima kasih daun keladiღ

alhamdulillah..akhirnya aku dapat siapkan kerja seminggu yang lepas dengan jayanya..huhuhu. nasib baik kekasih gelapku yang aku dah kenal selama 10 tahun, sanggup nak hantar dan temankan aku untuk ke tempat cetak..nak minta tolong abah, beliau nak kena hantar adik aku ke tempat kerja, tambahan pulak beliau tak berapa sihat..tak sampai hati pulak aku..

jika selama ni tugas aku hanyalah menyiapkan setting, tapi sekarang tidak lagi..dari menerima tempahan, membuat setting, plet hinggalah ke tempat cetak..semuanya aku yang kena uruskan..hingga terkadang aku rasakan yang aku ni superwoman lak..

juz me

penat badan hanya Allah SWT saja yang tahu..patut lah ada orang bila dah bawa kereta dah tak boleh lagi buat kerja yang lain..apa yang pasti, aku bersyukur sebab banyak perkara yang aku belajar hari ni..aku redha apa yang berlaku pada aku dan aku tak salahkan sesiapa..biarlah aku buat kerja sorang-sorang asalkan aku rasa
happy

juz enjoy da song

Ungu - Kekasih Gelapku

ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yang kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yang panjang dalam hidupku

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku


n-r: biar penat badan tapi jangan penat jiwa..sengsara aku dibuatnya

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

ღhospital lagiღ

selama abahku sakit, tugas memandu diserahkan kepadaku jadi pagi ni aku membawa adikku ke hospital untuk membuat ujian ultrasound bagi kes kemalangannya tempohari..bukan ambilalih tugas memandu yang nak aku ceritakan, jadi aku bukan nak merungut dan bersungut penat atau letih kerana terpaksa menjadi supir (sekurang-kurangnya aku boleh baiki skill memandu). lagi pun my-v tu amat selesa maksud aku walau waktu panas terik, dia tetap cool jadi tak der sebab aku nak merungut panas (bila ada yang cakap aku merungut panas dan letih, baru aku perasan..rupanya ada orang terfikir sebegitu...DEMI ALLAH! tak pernah terlintas dalam hati aku untuk merungut sebegitu..malah aku rasa seronok sebab sekurang-kurangnya aku boleh hilangkan tension kerja sekejap...hehehe

back to my story, aku ingin berbicara soal sakit..insiden yang berlaku pada abahku di klinik kesihatan pasir mas baru-baru ni cukup menginsafkan aku..abah hampir saja terjatuh akibat tersepak kayu jika aku terlambat memapahnya..di saat itu aku benar-benar mengerti akan makna SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA (every cloud has a silver lining)..baru aku faham kenapa di saat ini aku masih belum bertemu jodoh atau mungkin aku ditakdirkan untuk tidak punya jodoh..jika itu ketentuan-NYA, aku REDHA..

apa pulak kena mengena dengan jodoh???...i know it's sound silly, tapi cuba bayangkan jika bonda dan abahku sakit..siapa yang akan bantu mereka jika aku terpaksa tinggal berjauhan dengan mereka?? memanglah ada jiran dan sanak saudara tapi aku dapat rasakan bahawa akulah anak yang paling tak berguna dalam dunia ni jika aku tak dapat membantu mereka berdua dan aku tahu mereka berdua tak suka nak menyusahkan orang lain..
Photobucket
...zahir kau lihat bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
zahir kau lihat hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis...
(lirik dunia batinku | ella & tam spider)

n-r: semoga mereka gembira dengan calon pilihan masing-masing..aku tumpang gembira dan semoga calon pilihan mereka menyayangi mereka dan keluarga

Read more...

Monday, May 11, 2009

ღpagi yang sibukღ

pagi ini merupakan pagi yang cukup sibuk buat aku..seawal jam 7.00 pagi tadi aku telah ke kota bharu untuk menghantar adikku ke tempat kerjanya di tesco..pulang dari sana aku singgah sekejap di pejabat..setelah selesaikan apa yang patut, aku pulang semula ke rumah untuk mengambil abahku untuk di bawa ke klinik kesihatan bandar pasir mas..sampai di klinik, nurse memberitahuku yang makmal darah masih lagi dalam proses baikpulih jadi tak boleh mengambil ujian darah..aku sedikit geram dengan jawapannya lalu bertanya, kalau dah tau masih belum siap kenapa diberi tarikh hari ini? dengan selamba dia menjawab, memang sepatutnya makmal siap awal bulan april dulu, sebab tu diberi tarikh 11 mei 2009..hey cik misi, last abah aku ke klinik ni tanggal 5 mei 2009 so pastinya korang dah tau kan yang makmal tu belum siap?? kot yer pun nak kelentong, patut-patut la..dah la abahku dipesan supaya berpuasa..kesian dia..sampai jadi gelap mata sebab perut kosong..last-last, dorang hanya menyusahkan kami..patutlah orang ramai malas nak berurusan di hospital kerajaanbad

sebelum pulang aku bertanya lagi pada nurse yang bertugas, so bila boleh ambil darah?? dia jawab, awak telefon la dulu..makin berasap aku dengar jawapan tuangry..mana la aku tau bila makmal ko tu nak siap cik kak oiii..aku bukannya kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan makmal tu..patutnya ko la yang telefon..angin betul aku ngan akak nurse nigeram

semasa dalam perjalanan pulang, abah telah ingatkan aku yang malam nanti dia nak ke klinik swasta di bandar pasir mas..

n-r: apa yang aku ceritakan bukan bermakna aku merungut penat atau letih membantu ahli keluargaku seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tapi sedikit kesal dengan sikap sebilangan manusia yang suka mengambil mudah atas segala urusan tanpa memikirkan kesusahan orang lain..

Read more...

Wednesday, May 6, 2009

ღinjuredღ

tadi siang sedang asyik memotong bisnes kad, entah macam mana pisau yang aku pegang terpesong ke atas jari telunjuk kiri ku..terhiris sedikit..cepat-cepat aku menampalnya semula dan terus ke farmasi yang berdekatan untuk membeli handyplast..nasib baik kakak di farmasi sudi membalutkan handyplast ke jariku..terima kasih banyak yer kaklove
Photobucket

Read more...

Saturday, May 2, 2009

ღsua rasaღ

petang ni kalau tak ada aral melintang kami sekeluarga ingin menjengah ke sua rasa tv9 yang berlangsung di perkarangan stadium sultan muhammad ke-iv selepas mengambil adikku dari tempat kerjanya.
Photobucket

selalunya aku memang cukup tak suka untuk ke tempat-tempat yang sebegitu sebab aku tak tahan panas (ala-ala puteri lilin gitushyhee hee)..lagi satu aku tak suka nak berasak-asak ngan orang ramai..rimas..tapi tah kenapa bila bonda mengajak, laju jer aku menjawab OK..

jam 3.00 petang
lebatnya hujan turun..cam mana nak pegi sua rasa nisad...dah la ni kali pertama aku nak pergi ...jangan la hujan sampai lewat petang...alhamdulillah, hujan tu cam tau-tau jer aku nak dia berhenti..kiranya tak la panas nanti bila kami sampai kat sana nanti.

jam 5.45 petang
abah dan bonda menjemputku dari tempat keje..hampir sampai ke tempat kerja adik aku..awan hitam mula menyelubungi langit semula..alamak, nak hujan lagi ker niscared..kata bonda, tak kan sampai kita kat sua rasa dengan keadaan sekarang ni..aku sedapkan hati dengan mengatakan pada bonda hujan tu nak ke pasir mas bukan kota bharu. tepat tekaan bonda, lepas parking di tesco, tempat kerja adikku, hujan turun selebat-lebatnya..

akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah..nampak gaya kena la tunggu sua rasa tahun depan jawabnyahurt

Read more...

Tuesday, April 28, 2009

ღlesenღ


petang semalam aku ditugaskan mengambil adikku dari tempat kerjanya kerana abahku sakit..sampai di jambatan sultan ismail petra aku terpandang sekatan polis dari jalan bertentangan denganku..terus aku teringatkan lesen memanduku yang memang aku sedia maklum tamat tempoh bulan april cuma aku terlupa tarikhnyabig grinn
sampai saja di tesco, aku terus mencapai wallet..YA ALLAH! lesen memandu aku dah mati 22 april lagi rupanyashockfuhhh...nasib baik sekatan polis di seberang jalan..kalau tidak sah-sah aku kantoiPhotobucket

bimbang polis masih berada ditempat yang sama, aku menyuruh adikku yang memandu walaupun hakikatnya dia masih lagi trauma dengan kemalangan tempohari..apa nak buat..dari melayang RM, lebih baik dia memandu perlahan-lahan.
Photobucket

pagi ni setelah menghantar adikku ke tempat kerjanya aku terus bergegas ke farmasi untuk membeli ubat abahku..kemudian memandu semula ke rumah untuk menghantar ubat tersebut kerana tak sampai hati untuk melihat kesakitan yang dialami beliausad..sampai di pejabat jam dah hampir 10.30 pagi..lesen memandu belum lagi aku perbaharui..pelanggan berkunjung tak henti -henti...aduhhhh cam mana ni?sigh

jam 1.00 tengahari barulah aku sempat ke pejabat pos untuk memperbaharui lesen memandu..sampai di sana, ramai la pulak orangnya..nombor giliran pun lambat lagi..perut pulak asyik dok menyanyi lagu heavy metal..tak boleh jadi macam niwaitin..baik aku diamkan dulu perut aku nihee hee..selesai lunch aku kembali ke pejabat pos, nasib baik nombor giliranku dah hampir tiba..jam 2.00 petang urusan di sana selesai...alhamdulillahsmile.

n-r : ingatkan mak ayah pak pandir jer yang sakit..mak ayah orang lain pun sakit jugak..jangan la sampai mak ayah sendiri 'masuk wad' baru nak ziarah..bak kata nabil..LU PIKIR LA SENDIRI

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP