Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

ღklang ke pasir masღ

syukur kami sekeluarga selamat sampai ke pasir mas jam 5.00 petang semalam.
kami bertolak jam 8.00 pagi dari meru..
alhamdulillah, perjalanan kami lancar setelah hampir 2 jam, jem di kota damansara
vacation

Read more...

Sunday, June 14, 2009

ღutusan melayuღ

alhamdulillah, kami telah pun selamat sampai di pasir mas lebih kurang jam 5.15 pagi..

petang semalam, selepas check out dari rumah universiti, UM, kami ke pejabat utusan melayu di jalan chan sow lin..teruja jugak la bila sampai kat situ, maklumlah selama ni aku cuma baca utusan malaysia & mingguan malaysia, tapi kali ni siap pergi ke pejabatnya..terima kasih atas layanan warga utusan kepada kami..

nanyrazaly @ utusan

Read more...

Friday, June 12, 2009

ღmalam puisi utusanღ

pagi ni kami ke KL lagi kerana ingin melihat persembahan ybhg. dato' prof. dr. hashim yaacob di malam puisi utusan..kami bertolak jam 9.00 pagi dari kediaman ybhg. dato' prof. dr. hashim yaacob di tanah merah dengan menaiki kereta beliau..kali ni kami tidak melalui jalan yang biasa kami lalui iaitu gua musang sebaliknya melalui jeli..satu pengalaman baru buat kami..walaupun agak jauh tapi berbaloi. terima kasih dato'.

pada sebelah malamnya kami ke majlis malam puisi utusan yang turut dihadiri sasterawan negara dato' a. samad said..pada malam tersebut juga dato' siti nurhaliza telah menyampaikan puisi rozais al-anamy (bos aku la tuhee hee) yang bertajuk lelaki yang patah sayap kirinya..
malam puisi utusan | 12 jun 09
dari kanan zanazanzaly, rozais al-anamy dan ybhg. dato' prof. dr. hashim yaacob
malam puisi utusan | 12 jun 09

Read more...

Friday, May 29, 2009

ღmajlis konvokesyenღ

aduh...hari ni aku kena bangun awal pagi lagisighjam 5.00 pagi dah kena bangun sebab kami nak bertolak jam 6.30 pagi..nak berjalan punya pasal, pagi pun pagi lahlaugh

hari ni aku kena temankan sepupuku ke majlis konvokesyennya yang diadakan di dewan sri siantan, kompleks perbadanan putrajaya sebab parents dia kena selesaikan hal untuk majlis kesyukuran dan tahlil yang bakal diadakan esok..selain aku, suaminya, adik bongsuku dan adik sepupuku juga menemaninya.
my graduation day
my kazen's graduation day

Photobucket
sempat lagi tu nak posing depan istana kehakiman..hehehe

nasib baik majlis berakhir lebih cepat dari yang dijadualkan..so boleh lah kami balik awal sebab banyak lagi kerja yang belum diselesaikan untuk majlis esok..

kami sampai di rumah jam 3.30 petang, setelah selesai lunch dan mengambil kek untuk diberi pada tamu..belum pun sempat berehat, kami terus di suruh ke dapur untuk membantu mereka (bonda dan makcik)..kerja kami selesai lebih kurang jam 12.00 malam..penatnya hanya Allah SWT saja yang tau..

n-r: esok nak kena bangun awal pagi lagicry

Read more...

Thursday, May 28, 2009

ღdari pasir mas ke klangღ

jam 3.55 pagi kami sekeluarga bertolak ke klang..syukur ke hadrat ILAHI kerana sepanjang perjalanan tak ada masalah yang menimpa..dek kerana sejuk dan nyaman, aku dan adik bongsuku syik melenasleeplaugh jer

alhamdulillah kami telah selamat sampai di klang tepat jam 12.30 tgh

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

ღtravel againღ

Photobucket
insya ALLAH, esok pagi kami sekeluarga akan bertolak ke klang..doakan perjalanan kami selamat..selamat berbloggingpeace

Read more...

Tuesday, April 21, 2009

ღkembara | tamatღ

jam 7.11 malam kami dihantar oleh sepupu dan suaminya ke lcct..penerbangan kami dijadualkan jam 9.15 malam..
Photobucket
kami selamat sampai di lapangan terbang sultan ismail petra dengan pesawat AK 6390 tepat jam 10.00 malam..10 minit lebih awal dari yang dijadualkan..
Photobucket
sepanjang perjalanan kami selama seminggu ni kami membuat kesimpulan..kami lebih senang di desa..walaupun tak sempurna tapi membahagiakan..dan yang paling penting bagi kami ...segalanya ada di sini..

Read more...

Sunday, April 19, 2009

ღkembara | bahagian 5ღ

dari kota metropolitan, kini kembara kami diteruskan ke selangor darul ehsan untuk bertemu nenda dan saudara mara yang lain.

hari ini juga merupakan hari keputeraan danish (anak seorang kenalan dari singapura) yang ke 9.

Photobucket

salam keputeraan aunty ucapkan..
semoga usiamu diberkati dan hidupmu sentiasa dirahmati oleh Allah swt di dunia dan di akhirat..aminnn


Photobucket

Read more...

Saturday, April 18, 2009

ღkembara | bahagian 4ღ

hari ini kami kembali semula ke kuala lumpur dengan menaiki bas di melaka sentral

Photobucket

sampai di stesen bas puduraya lebih kurang jam 4.. dari sana kami menapak ke jalan masjid india untuk ke stesen lrt..penatnyaaaaaaaaaaaaaPhotobucket

Read more...

Friday, April 17, 2009

ღkembara | bahagian 3ღ

destinasi kembara kami diteruskan ke bumi hang tuah..bumi bersejarah melaka..kami ke sana atas undangan teman lama yang telah bermastautin di sana selama hampir 8 tahun..

pagi ini kami dibawa ke assess products (m) sdn. bhd., kilang memproses guni polypropylene milik bonda mertua beliau..menurut beliau terdapat hanya 2 kilang sebegini milik orang melayu..bangga kami mendengarnya..semasa di sana, beliau menerangkan serba sedikit tentang proses penghasilan guni polypropylene kepada kami..kami juga diberitahu setiap hari jumaat, majlis bacaan YAASIN akan diadakan sebelum memulakan tugas..kami ikut serta majlis tersebut sambil mendoakan agar syarikat kami turut mencapai kejayaan

Photobucket
pada sebelah malamnya kami di bawa menyusuri bandar melaka dengan menaiki bot tapi sebelum itu kami di bawa ke kim hock fruit industry sdn. bhd di jalan laksamana cheng ho untuk membeli dodol.yummy

Photobucket

Read more...

Thursday, April 16, 2009

ღkembara | bahagian 2ღ

Hari ini kembara kami diteruskan lagi..penat shopping semalam masih belum lagi hilang, hari ini dah kena bertolak ke darul khusus pula.

jam 9.30 pagi kami bertolak ke rembau, negeri sembilan bersama datin seri dengan menaiki kereta yang dipandu anak perempuannya. kami ke sana untuk melihat tanaman serai yang diusahakan secara berkelompok.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
tanaman serai yang baru berusia 1 bulan

setelah urusan di rembau selesai, kami ke RnR seremban untuk menjamu selera sambil menunggu kawan dari bumi bersejarah menjemput kami untuk meneruskan kembara kami yang seterusnya

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

ღkembara | bahagian 1ღ

jam 7.00 pagi aku dan kakak-kakakku bertolak ke lapangan terbang sultan ismail petra untuk memenuhi percutian kami yang sering tertunda..hujan renyai-renyai mengiringi kami sepanjang perjalanan ke sana agak menggusarkan aku kerana bimbang kami terlepas pesawat. kakak-kakakku sendiri telah berpesan agar aku bermalam di padang embun, teratak damai meraka kerana bimbang terlewat sampai di lapangan terbang jika aku bertolak dari rumah bonda.

kami tiba di lapangan terbang sultan ismail petra jam 7.50 pagi dan mendaftar masuk dengan keadaan tergesa-gesa kerana jadual penerbangan kami pada jam 8.25 pagi..namun penerbangan kami tertunda 25 minit kerana hujan..
kembara
penerbangan firefly FY 2061

saat menjejakkan kaki di lapangan terbang sultan abdul aziz shah, subang jam 10.05 pagi, kenangan 19 tahun yang lalu menggamit hatiku..masih segar dalam ingatanku, saat kali pertama aku menaiki pesawat seorang diri untuk pulang ke tanah serendah sekebun bunga..hanya ALLAH SWT saja yang tahu betapa takutnya aku tapi dalam masa yang sama sedikit teruja..

terima kasih kak kerana memberi aku peluang untuk menaiki pesawat buat pertama kali seawal usia 15 tahun.

Read more...

Tuesday, April 14, 2009

ღannouncementღ

salam...i will not be around for a few days...
so take care and happy blogging guysImage Hosting by Picoodle.com


Photobucket
n-r: am ready with my weapon..hehehe

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP