Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya
Showing posts with label religion. Show all posts
Showing posts with label religion. Show all posts

Friday, September 10, 2010

ღsalam lebaranღ

salam-lebaran2010
di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf
kepada semua rakan taulan dan saudara mara walau di mana jua anda berada.
salam lebaran 2010

n-r: abang, maafkan nany..nany tau nany dah lukakan hati abang

Read more...

Saturday, August 29, 2009

ღpuasaღ

alhamdulillah, hari ini aku dah mulai puasa..baru arini aku terasa aura ramadhan almaklumlah setelah hampir seminggu aku "beraya".

inya Allah malam ni aku akan ke madrasah yang sering aku kunjungi setiap kali menjelang ramadhan untuk berterawih..










nr: semalam di galaksi TV9 ada menayangkan kisah arwah ustaz asri..segera mengingatkan aku akan seseorang yang lahir pada tahun yang sama....entah apa kabarnya sekarang ini

Read more...

Saturday, August 22, 2009

ღmarhaban ya ramadhanღ

ramadhan09
ALHAMDULILLAH, hari ini semua umat ISLAM mula menjalani ibadah puasa kecuali bagi mereka yang uzur syari'e seperti aku..hehehe..rasa rugi sangat sebab tak boleh nak gi solat terawih untuk malam yang pertama..tapi apakan daya, bukannya aku sengaja tak nak gi..

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa & solat terawih pada semua ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai..semoga segala amalan kita diterima ALLAH swt dan mohon maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara.

harapan ramadhan | man bai & raihan

ku mengharapkan ramadhan

kali ini penuh makna
agar dapat kulalui
dengan sempurna

selangkah demi selangkah
setahun sudah pun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa ku berada
di bulan ramadhan semula

puasa satu amalan
sebagaimana yang diperintahnya
moga dapat ku lenturkan
nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti-henti

tak ingin ku biarkan ramadhan berlalu saja
tuhan pimpinlah daku yang lemah
mengharungi segalanya dengan sabar
kita memohon pada tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada tuhan diterima amalan

selangkah demi selangkah...
dengan rahmatmu oh tuhanku...
ku tempuh jua

Read more...

Saturday, April 4, 2009

ღPetua 8Pღ

Oleh Ustazah Dato' Siti Nurbahyah Mahmood
  1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. Katanya, P kedua ialah suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang..
  4. 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  5. Ustazah Siti Nurbahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
  6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
  8. Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nurbahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suamiBeliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Photobucket
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong."Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Read more...

Monday, March 16, 2009

ღilmu dan hartaღ

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-
  1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
  2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan, sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
  3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
  4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)
  5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
  6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
  7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
  8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
  9. Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.

Read more...

Monday, March 9, 2009

ღsalam maulidur rasul | 12 rabiul awwal 1430hღ

click to comment

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,” Sesiapa yang mengasihiku maka ia bersamaku di dalam syurga,”.


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Read more...

Sunday, February 1, 2009

ღandai ku tahuღ

  1. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya..” (Hadis Riwayat Muslim)
  2. Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri kerana keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk- Ku laksana "firdaus" diantara barisan syurga". (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)
  3. Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Allah SWT berfirman: "Apabila hamba-Ku merencanakan melakukan suatu amal kebaikan kemudian tidak jadi dilakukannya, maka aku mencatat baginya suatu kebajikan, tetapi bila ia melaksanakannya, maka tetap Aku mencatat amalnya itu sepuluh kebajikan sampai berganda tujuh ratus. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi dilaksanakannya, maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi apabila ia tetap melaksanakannya Aku catat baginya, sebagai satu kejahatan". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Attirmidzi dan Ibni Hibban dari Abu Hurairah)
Image Hosting by Picoodle.com


Andai kutahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-Mu

Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga

Andai kutahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP