Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Thursday, October 29, 2009

ღselamat malam | faizal tahirღ


Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku


n-r: walau jauh dimata, namun tetap dekat dihati..gonna miss uPhotobucket

Read more...

Monday, October 26, 2009

ღsadღ

apa yang berlaku hari ini seolah-olah ada kesinambungan dengan entry salam terakhir tanggal 24 oktober 2009..

apa yang berlaku benar-benar buat aku terkejut, terkedu dan dalam masa yang sama bingung..sungguh aku tak sangka dan jangka perkara sebegini akan berlaku dalam hidup kami.

semoga apa yang berlaku akan membuatkan aku tabah dan kuat untuk meneruskan hidup..

aku tau dia terluka dan aku berharap agar lukanya akan segera sembuh. aku juga berdoa agar dia kembali semula kerana dia sebahagian dari kami..

Read more...

Saturday, October 24, 2009

ღsalam terakhirღ



"perpisahan adalah pahit dan ini adalah satu pengalaman...."
sudirman haji arshad


hari ini aku nekad mengucapkan salam terakhir padanya setelah lima tahun usia persabahatan kami..usah di tanya mengapa aku bertindak sedemikian rupa kerna aku tau dia faham..

aku rasa sekarang adalah masa yang cukup sesuai untuk aku melakukan sesuatu yang dah terlalu lama aku tangguhkan..kali ni aku tak kan berpaling
lagi..aku tekad dengan keputusan itu..terima kasih atas segala kenangan terindah yang pernah kita lalui tatkala bersama..aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaannya..mohon maaf atas segala keterlanjuran kata selama kita bersama


salam terakhir siti nurhaliza

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu


Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

n-r: semoga impian yang telah dibina berbelas tahun tak akan terkubur..aminnnn

Read more...

Monday, September 14, 2009

ღsms dari temasekღ

hari ini aku menerima sms dari bie bertanyakan persiapan raya yang bakal menjelma..kataku, da tua-tua ni aku tak fikirkan sangat akan hal-hal baju raya. malahan baju raya aku tu da pun aku pakai semasa konvo sepupuku tempohari..

menjadi kelazimanku setiap kali ber sms dengannya aku tidak akan lupa bertanyakan khabarnya..jika selama ini aku pasti akan sedaya mungkin sakitkan hati dia dengan ayat-ayat laser tapi tidak hari ni kerana balasan sms darinya menuntut mutiara jernih mengalir di pipiku..dia meminta aku mendoakan agar dia segera sembuh dari sakit dada..tergamam aku seketika tatkala mendengar perkhabaran tersebut..terasa ingin segera terbang ke sana tapi aku tau aku tak mampu untuk berbuat apa-apa..

katanya doktor mengesahkan yang denyutan jantungnya normal tapi dadanya terasa seperti dipicit-picit..aku menyarankan agar dia mencuba perubatan alternatif sebagai ikhtiar..aku doakan agar semuanya kan baik-baik saja..hanya doa yang mampu aku berikan padanya..

di akhir sms, bie memohon maaf denganku..entah kenapa aku terasa seolah-olah kali ni bie ikhlas memohon maaf dariku dan sekali lagi mutiara jernih gugur tanpa ku pinta..


Read more...

Saturday, September 5, 2009

ღciter minggu lepasღ

wake me up when september ends | green day

Summer has come and passed.
The innocent can never last
Wake me up,
When September ends.

Like my father's come to pass,
seven years has gone so fast.
Wake me up,
When September ends.

Here comes the rain again,
Falling from the stars;
Drenched in my pain again,
Becoming who we are.

As my memory rests,
But never forgets what I lost.
Wake me up,
When September ends.

Summer has come and passed.
The innocent can never last.
Wake me up,
When September ends.

Ring out the bells again.
Like we did when spring began.
Wake me up,
When September ends.

Here comes the rain again,
Falling from the stars;
Drenched in my pain again,
Becoming who we are.

As my memory rest,
But never forgets what I lost.
Wake me up,
When September ends.

Summer has come and passed.
The innocent can never last.
Wake me up,
When September ends.

Like my father's come to pass.
Twenty years has gone so fast.
Wake me up,
When September ends.
Wake me up,
When September ends.
Wake me up,
When September ends....

sedar tak sedar dah pun masuk bulan september..SEPTEMBER, bulan yang tak kan mungkin aku dapat lupa..lebih-lebih lagi tanggal 24 september 2005..saat pertama kali aku bertemu dia..aku pun kadang-kadang naik heran..naper sampai ke saat ini aku masih tak boleh nak lupakan dia..kalau dia tak sms, aku tertunggu-tunggu, rindu pun ada..hehehe..tapi bila dia sms, memang sah aku akan "cincang" dengan ayat-ayat laser aku..sampai merajuk dia aku kenakan.."b majuk ngan nany la, ckp b jantan ...." (ni statement dia sendiri yang ckp)..punya la aku gelak bila dia sms cam tu..sapa suh taip yang bukan2 kat aku..sah-sah la kena..sms ni dia antar selepas dia bagi tau yang bonda kak zana telah kembali ke rahmatullah tanggal 3 september 2009..terkejut gak aku dengar berita tu sebab aku penah jumpa ngan bonda kak zana tu..aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan semoga kak zana sekeluarga tabah menghadapi ujian dari yang maha Esa..

kita tinggalkan dulu citer yang meruntun jiwa ni buat seketika...tak elok kan dalam bulan puasa dok mengenang kenangan silam..

sepanjang minggu lepas aku tak buat entry so minggu ni aku kumpulkan la jadi satu entry termasuklah kisah kat atas tu...

selama ni aku berterawih di madrasah yang berdekatan dengan rumah tapi minggu lepas bonda mengajak akuberterawih di masjid kat kampung kami..so tak nak hampakan permintaan dia aku pun ikutlah...aku sebenarnya tak berapa suka nak solat terawih kat masjid tu sebab bising dengan budak-budak yang tak solat dan yang paling aku tak tahan, bilal masjid..rasa nak terkeluar gegendang telinga aku bila setiap kali beliau membaca ayat selepas terawih tu..dia bukan baca dengan kuat tapi menjerit..aku salute la dengan jemaah yang tahan telinga dengar suara dia..balik dari masjid terus aku nagi tau bonda yang aku tak nak lagi ke masjid..biarlah aku ke madrasah jer..kat sana lebih aman, bacaan imam pun bagus dan yang paling penting, gegendang telinga aku tak terkeluargelak guling





Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP