Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

ღklang ke pasir masღ

syukur kami sekeluarga selamat sampai ke pasir mas jam 5.00 petang semalam.
kami bertolak jam 8.00 pagi dari meru..
alhamdulillah, perjalanan kami lancar setelah hampir 2 jam, jem di kota damansara
vacation

Read more...

Monday, March 30, 2009

ღalhamdulillahღ

syukur alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, hari ini adikku telah pun boleh mula bekerja..semoga adikku telah sihat sepenuhnya dan kembali ceria seperti dulu..aminnn

♥diellarazaly♥

Read more...

Monday, March 23, 2009

ღhospitalღ

nampaknya sepanjang bulan ni, kami sekeluarga akan semakin akrab dengan hospital. petang semalam, adik bongsuku dimasukkan semula ke wad kecemasan di hospital raja perempuan zainab II untuk kali yang ketiga kerana mata dan badannya menjadi kuning kesan dari hatinya yang tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kemalangan tempohari.

baru jer rasa nak rehatkan badan, dah kena berulang alik ke hospital semula. penat dulu pun belum hilang lagi. terima sajalah dengan redha ujian dan dugaan dari Allah SWT..bak sindiran abang Z..hadapi dengan senyuman

p/s: terima kasih yang tak terhingga buat abang-abangku sekelian atas keperihatinan mereka akan kesihatan adikku. doa kalian amat kami dihargai.

Read more...

Saturday, March 14, 2009

ღsyukurღ

alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada Allah SWT. setelah seminggu dimasukkan semula ke hospital, semalam adik bongsuku telah pun pulang ke rumah. lapang dada aku bila dia tak perlu menjalani pembedahan setelah doktor mengesahkan yang hatinya bengkak semasa kemalangan tempohari. aku berharap agar segalanya akan kembali normal dalam jangka waktu yang terdekat ni...aminnnn

get well

jutaan terima kasih aku ucapkan kepada saudara mara dan rakan taulan yang sanggup mengorbankan waktu berharga mereka untuk menziarahi adikku semasa di hospital raja perempuan zainab II, kota bharu.

Read more...

Thursday, March 5, 2009

ღbad newsღ

jam 8.50 pagi 2 hari yang lepas, sewaktu aku sedang bersiap ke tempat kerja, aku sekeluarga dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari orang yang tidak kami kenali. pada awalnya bondaku menyangka si pemanggil tersilap nombor namun setelah diyakinkan akhirnya bondaku faham akan berita yang disampaikan. si pemanggil memaklumkan yang adik bongsuku kemalangan dan telahpun dihantar ke wad kecemasan hospital raja perempuan zainab II, kota bharu. nasib baik gelas tidak terlepas dari tanganku setelah bonda memaklumkan kepada aku dan abah. kami segera ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 20KM dari teratak kami. MASYA ALLAH! terkejut aku melihat keadaan kelisa yang dipandu adikku dan hatiku terus terdetik..YA ALLAH! bagaimana keadaan adikku sekarang, KAU selamatkanlah dia YA ALLAH!.

Photobucket

tidak lama berada di tempat kejadian, kami segera ke wad kecemasan di hospital raja perempuan zainab II, kota bharu. terasa seperti kakiku tidak jejak ke bumi kerana terlalu cepat aku melangkah. yang aku tau, aku nak segera sampai dan biar aku orang yag pertama melihat adikku sebelum kedua ibubapaku. dalam hati tak putus-putus berdoa agar musibah yang melanda adikku tidak seteruk keadaan kelisanya.

masuk ke wad kecemasan, aku terkejut melihat seorang pesakit yang terlantar dengan hidung yang berdarah. aku ingatkan yang pesakit itu adikku tapi setelah petugas memberitahu yang adikku di katil sebelah, aku bersyukur yang teramat sangat. kecederaan adikku tidaklah seteruk kelisanya namun saat itu, kelihatan yang beliau masih trauma.

keesokannya harinya (4 mac 09) doktor membenarkan adikku pulang kerana kecederaannya tidak seberapa.

p/s: buat semua rakan taulan, berhati-hatilah di jalanraya..kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP