ღbad newsღ
jam 8.50 pagi 2 hari yang lepas, sewaktu aku sedang bersiap ke tempat kerja, aku sekeluarga dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari orang yang tidak kami kenali. pada awalnya bondaku menyangka si pemanggil tersilap nombor namun setelah diyakinkan akhirnya bondaku faham akan berita yang disampaikan. si pemanggil memaklumkan yang adik bongsuku kemalangan dan telahpun dihantar ke wad kecemasan hospital raja perempuan zainab II, kota bharu. nasib baik gelas tidak terlepas dari tanganku setelah bonda memaklumkan kepada aku dan abah. kami segera ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 20KM dari teratak kami. MASYA ALLAH! terkejut aku melihat keadaan kelisa yang dipandu adikku dan hatiku terus terdetik..YA ALLAH! bagaimana keadaan adikku sekarang, KAU selamatkanlah dia YA ALLAH!.
tidak lama berada di tempat kejadian, kami segera ke wad kecemasan di hospital raja perempuan zainab II, kota bharu. terasa seperti kakiku tidak jejak ke bumi kerana terlalu cepat aku melangkah. yang aku tau, aku nak segera sampai dan biar aku orang yag pertama melihat adikku sebelum kedua ibubapaku. dalam hati tak putus-putus berdoa agar musibah yang melanda adikku tidak seteruk keadaan kelisanya.
masuk ke wad kecemasan, aku terkejut melihat seorang pesakit yang terlantar dengan hidung yang berdarah. aku ingatkan yang pesakit itu adikku tapi setelah petugas memberitahu yang adikku di katil sebelah, aku bersyukur yang teramat sangat. kecederaan adikku tidaklah seteruk kelisanya namun saat itu, kelihatan yang beliau masih trauma.
keesokannya harinya (4 mac 09) doktor membenarkan adikku pulang kerana kecederaannya tidak seberapa.
p/s: buat semua rakan taulan, berhati-hatilah di jalanraya..kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata

0 comments:
Post a Comment