Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Thursday, December 31, 2009

ღselamat tinggal 2009ღ

hari ni merupakan hari terakhir buat kita semua di tahun 2009..banyak perkara yang telah berlaku pada aku di tahun ni..pahit manis telah aku lalui dengan penuh syukur dan redha..banyak jugak pengalaman yang aku kutip di tahun ini tak kurang juga dengan kejutan..semuanya akan aku jadikan panduan untuk meneruskan hidup.

tahun 2009, aku mulakan dengan penuh kegembiraan apabila bie kembali semula dalam hidup aku setelah sekian lama beliau menyepikan diri namun semuanya tak lama. kerana di akhir bulan oktober 2009, aku mengambil keputusan drastik untuk memutuskan hubungan persahabatan kami..aku sedar aku bertindak kejam pada bie, tapi aku tak mampu untuk terus bohongi diri aku sendiri dan aku juga tidak mahu terus-terusan dibohongi..lebih baik kami berdua membawa haluan masing-masing tapi itu tak bermakna yang aku akan melupakan beliau kerana di antara kami tersimpan sebingkai kenangan cinta yang terindah..

tanggal 5 mac 2009, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kemalangan adik bongsuku semasa beliau memandu ke tempat kerja..hampir sebulan kami berulang alik ke hospital raja perempuan zainab II, kota bharu..namun aku tetap bersyukur kerana disebalik musibah kemalangan tersebut, ada hikmah yang cukup bermakna buat bonda untuk terus tersenyum riang..

aku juga banyak bercuti di pertengahan tahun 2009hee hee..selain bercuti dengan bos ke melaka, negeri sembilan dan kuala lumpur aku juga bercuti dengan keluarga ke klang.

9 september 2009(090909), hari bahagia buat seseorang tapi hari ini jugalah yang telah meruntuhkan segalanya..suatu kejutan yang tak pernah aku jangkakan..aku tak mampu untuk berbuat apa-apa kerana apa jua yang aku cakap seumpama mencurah air di daun keladi..jadi aku lebih senang mendiamkan diri dan hanya sekadar melihat apa yang berlaku..

sebelum berakhir tahun 2009, aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah..aku cukup gembira dengan kehadiran mereka kerana sedikit sebanyak mereka mampu mengurangkan tekanan yang aku hadapi tapi aku sedar keadaan sebenarnya semakin runcing..ibarat telur di hujung tanduk..aku tertekansad dengan apa yang berlaku namun aku tetap bersyukur kerana aku tak keseorangan..aku tau ALLAH sentiasa ada disisi aku..aku juga berterima kasih pada sepupu-sepupuku yang tak putus-putus bagi semangat..aku juga bersyukur kerana di saat ini jugalah diawink hadir untuk menenangkan aku dan alhamdulillah, kami semakin rapat. inilah saat yang paling menggembirakan untuk aku memulakan tahun baru 2010.
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi

Ku percaya tidak sia-sia aku diuji

Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti


(ku percaya ada cinta | siti nurhaliza)


EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING

tahajjud cinta | siti nurhaliza

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita

sungguh aku bukan wali

yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu

limpahi ku rahmat kasihmu

dalam tahajjud cinta bersujud

Read more...

Tuesday, December 29, 2009

ღcinta terakhirღ



cinta terakhir | aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Read more...

Sunday, December 20, 2009

ღterima kasih daun keladiღ

alhamdulillah..akhirnya aku dapat siapkan kerja seminggu yang lepas dengan jayanya..huhuhu. nasib baik kekasih gelapku yang aku dah kenal selama 10 tahun, sanggup nak hantar dan temankan aku untuk ke tempat cetak..nak minta tolong abah, beliau nak kena hantar adik aku ke tempat kerja, tambahan pulak beliau tak berapa sihat..tak sampai hati pulak aku..

jika selama ni tugas aku hanyalah menyiapkan setting, tapi sekarang tidak lagi..dari menerima tempahan, membuat setting, plet hinggalah ke tempat cetak..semuanya aku yang kena uruskan..hingga terkadang aku rasakan yang aku ni superwoman lak..

juz me

penat badan hanya Allah SWT saja yang tahu..patut lah ada orang bila dah bawa kereta dah tak boleh lagi buat kerja yang lain..apa yang pasti, aku bersyukur sebab banyak perkara yang aku belajar hari ni..aku redha apa yang berlaku pada aku dan aku tak salahkan sesiapa..biarlah aku buat kerja sorang-sorang asalkan aku rasa
happy

juz enjoy da song

Ungu - Kekasih Gelapku

ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yang kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yang panjang dalam hidupku

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku


n-r: biar penat badan tapi jangan penat jiwa..sengsara aku dibuatnya

Read more...

Sunday, December 6, 2009

ღkenanganღ

petang semalam sebelum aku sampai ke lapangan terbang sultan ismail petra, aku sempat singgah ke sekolah lamaku..SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (STMFP) yang telah aku tinggalkan selama hampir 17 tahun..terkejut pak guard bila aku katakan yang inilah kali pertama aku jejakkan kaki aku semula selepas aku tinggalkannya pada tahun 1992..bukan aku tak nak ke sana, tapi apa yang aku alami sepanjang 1 setengah tahun berada sekolah tersebut membuatkan aku trauma selama hampir 10 tahun..hampir setiap malam aku bermimpi yang menakutkan lebih-lebih lagi bila aku teringatkan pengetuanya yang sewel tarap gaban tu..

alhamdulillah, sekarang trauma tu dah pun hilang..aku dah kembali yakin untuk pergi ke sana.. namun aku terkilan sebab tak sempat berjumpa dengan guru sejarahku, EN. KHAIRUDDIN kerana beliau telah kembali ke rahmatullah..semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh yang maha Esa..AL-FATIHAH.
farisian

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

ღbanjirღ

nampak gayanya banjir kali kedua menyusul lagi..

banjir

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP