petang semalam aku ditugaskan mengambil adikku dari tempat kerjanya kerana abahku sakit..sampai di jambatan sultan ismail petra aku terpandang sekatan polis dari jalan bertentangan denganku..terus aku teringatkan lesen memanduku yang memang aku sedia maklum tamat tempoh bulan april cuma aku terlupa tarikhnya
sampai saja di tesco, aku terus mencapai wallet..YA ALLAH! lesen memandu aku dah mati 22 april lagi rupanya
...nasib baik sekatan polis di seberang jalan..kalau tidak sah-sah aku kantoi
bimbang polis masih berada ditempat yang sama, aku menyuruh adikku yang memandu walaupun hakikatnya dia masih lagi trauma dengan kemalangan tempohari..apa nak buat..dari melayang RM, lebih baik dia memandu perlahan-lahan.
pagi ni setelah menghantar adikku ke tempat kerjanya aku terus bergegas ke farmasi untuk membeli ubat abahku..kemudian memandu semula ke rumah untuk menghantar ubat tersebut kerana tak sampai hati untuk melihat kesakitan yang dialami beliau
..sampai di pejabat jam dah hampir 10.30 pagi..lesen memandu belum lagi aku perbaharui..pelanggan berkunjung tak henti -henti...aduhhhh cam mana ni?
jam 1.00 tengahari barulah aku sempat ke pejabat pos untuk memperbaharui lesen memandu..sampai di sana, ramai la pulak orangnya..nombor giliran pun lambat lagi..perut pulak asyik dok menyanyi lagu heavy metal..tak boleh jadi macam ni
..baik aku diamkan dulu perut aku ni
..selesai lunch aku kembali ke pejabat pos, nasib baik nombor giliranku dah hampir tiba..jam 2.00 petang urusan di sana selesai...alhamdulillah
.
n-r :
ingatkan mak ayah pak pandir jer yang sakit..mak ayah orang lain pun sakit jugak..jangan la sampai mak ayah sendiri 'masuk wad' baru nak ziarah..bak kata nabil..LU PIKIR LA SENDIRI
Read more...