ღselamat tinggal 2009ღ
hari ni merupakan hari terakhir buat kita semua di tahun 2009..banyak perkara yang telah berlaku pada aku di tahun ni..pahit manis telah aku lalui dengan penuh syukur dan redha..banyak jugak pengalaman yang aku kutip di tahun ini tak kurang juga dengan kejutan..semuanya akan aku jadikan panduan untuk meneruskan hidup.
tahun 2009, aku mulakan dengan penuh kegembiraan apabila bie kembali semula dalam hidup aku setelah sekian lama beliau menyepikan diri namun semuanya tak lama. kerana di akhir bulan oktober 2009, aku mengambil keputusan drastik untuk memutuskan hubungan persahabatan kami..aku sedar aku bertindak kejam pada bie, tapi aku tak mampu untuk terus bohongi diri aku sendiri dan aku juga tidak mahu terus-terusan dibohongi..lebih baik kami berdua membawa haluan masing-masing tapi itu tak bermakna yang aku akan melupakan beliau kerana di antara kami tersimpan sebingkai kenangan cinta yang terindah..
tanggal 5 mac 2009, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kemalangan adik bongsuku semasa beliau memandu ke tempat kerja..hampir sebulan kami berulang alik ke hospital raja perempuan zainab II, kota bharu..namun aku tetap bersyukur kerana disebalik musibah kemalangan tersebut, ada hikmah yang cukup bermakna buat bonda untuk terus tersenyum riang..
aku juga banyak bercuti di pertengahan tahun 2009..selain bercuti dengan bos ke melaka, negeri sembilan dan kuala lumpur aku juga bercuti dengan keluarga ke klang.
9 september 2009(090909), hari bahagia buat seseorang tapi hari ini jugalah yang telah meruntuhkan segalanya..suatu kejutan yang tak pernah aku jangkakan..aku tak mampu untuk berbuat apa-apa kerana apa jua yang aku cakap seumpama mencurah air di daun keladi..jadi aku lebih senang mendiamkan diri dan hanya sekadar melihat apa yang berlaku..
sebelum berakhir tahun 2009, aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah..aku cukup gembira dengan kehadiran mereka kerana sedikit sebanyak mereka mampu mengurangkan tekanan yang aku hadapi tapi aku sedar keadaan sebenarnya semakin runcing..ibarat telur di hujung tanduk..aku tertekan dengan apa yang berlaku namun aku tetap bersyukur kerana aku tak keseorangan..aku tau ALLAH sentiasa ada disisi aku..aku juga berterima kasih pada sepupu-sepupuku yang tak putus-putus bagi semangat..aku juga bersyukur kerana di saat ini jugalah dia hadir untuk menenangkan aku dan alhamdulillah, kami semakin rapat. inilah saat yang paling menggembirakan untuk aku memulakan tahun baru 2010.
Read more...

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
(ku percaya ada cinta | siti nurhaliza)
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
(ku percaya ada cinta | siti nurhaliza)
EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING
tahajjud cinta | siti nurhaliza
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud