Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Monday, March 29, 2010

ღsocial networkღ

Rumahtangga Zul Huzaimy Hancur Kerana Cinta Facebook?

Dunia sekarang makin aneh jadinya. Kerana cinta yang tidak tahu hujung pangkal, apa yang dimiliki hilang begitu sahaja.
Ini kisah Zul Huzaimy sebagaimana yang diceritakan melalui sebuah forum hiburan hari ini. Jadikan teladan & sempadan.
Al-kisahnya Zul Huziamy mula menyertai Facebook kerana ingin mendekati peminat & mengenali mereka dengan lebih rapat.
Namun satu tragedi cinta berlaku selepas Zul Huzaimy berkenalan dengan sorang gadis yang menggunakan nama
Aleesya Sofea dalam Facebook tersebut.
Dek kerana terpikat akan rupa paras melalui gambar Facebook sahaja, Zul Huzaimy sudah jatuh hati & sanggup bergayut berjam-jam melalui telefon setiap hari.
Gadis Facebook ini mendakwa yang beliau merupakan seorang doktor bertugas shift yang ada kaitan dengan kerabat Johor. Masih, mempunyai masa untuk melayan Facebook 24 jam.
Lebih menambahkan sadis, mereka berdua ini tidak pernah berjumpa namun Zul Huzaimy di?katakan tidak teragak-agak melepaskan lafaz cerai kepada isteri kerana mahu mulakan hidup baru dengan gadis Facebook tersebut.
Isteri Zul Huzaimy tanpa berlengah cuba mencari siapa gerangan sebenar gadis fantasi yang telah meruntuhkan rumahtangga beliau. Hasil kerjasama rakan-rakan, satu nama timbul dalam database sebuah syarikat telekomunikasi.
Gadis Facebook idaman Zul Huzaimy itu rupa-rupanya bernama Azlina Jahagir Khan yang sekarang ini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Sedih bukan?
Gadis Facebook ini juga tanpa segan silu meminjam gambar anak Zul Huzaimy, Awal Haziq untuk diletakkan dalam profile Facebook beliau.
Berita terbaru yang diterima menyatakan isteir Zul Huzaimy telah membuat satu laporan polis berkenaan kelakuan bekas suami yang suka merosakkan & mencuri harta benda milik beliau.
Berita kehancuran rumahtangga Zul Huzaimy ini bakal dikutip krew Terjah!, Fuhh!, Melodi & apa-apa rancangan yang seangkatan dengannya tidak lama lagi.
Kita tunggu sahaja apa jawapan dari mulut si empunya badan & lebih menarik jika mereka boleh jejak gadis Facebook ini sendiri.

PERINGATAN: kpd kaki facebook.... jgn sampai anda jatuh gedebook!

Photobucket
cerita kat atas tu aku terima emel dari seorang rakan pagi tadi..aku tak pasti sama ada cerita tu benar atau sekadar gosip..
pada aku bukan hanya di facebook, kat lain-lain social network pon berlaku jugak hal yang sama..cuma sekarang ni facebook yang lebih glamer dari social network yang lain, tu yang nama facebook yang naik..

aku bukan nak membela facebookkenot..pihak facebook tak bayar 20 sen pon kat aku untuk promote web page dorang..apa yang nak aku cakapkan ialah tak kira lah mana-mana social network pon perkara yang sama memang berlaku..

tak payah cari contoh orang lain..aku sendiri pon pernah melalui perkara yang sama..maksud aku, JATUH CINTA yang tak tau hujung pangkal..tak kenal siapa sebenarnya orang yang kita cinta, tak tau apa status beliau dan macam-macam lagi..masa tu facebook ni belum glamer lagi..aku kenal beliau di social network yang lain..

bagi aku, apa yang penting..KERJASAMA...bukanlahlaugh..apa yang penting NIAT kita, sejauh mana kita ikhlas dalam menjalin sesebuah persahabatan..apa pon status kita, mereka harus terima dan hormat..itu yang akan membuatkan orang lebih respek pada kita..

apa-apa pon cerita kat atas tu wajar dijadikan teladan untuk kita semua dalam mengharungi hidup yang penuh dugaan dan cabaranpeace

0 comments:

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP