selama abahku sakit, tugas memandu diserahkan kepadaku jadi pagi ni aku membawa adikku ke hospital untuk membuat ujian
ultrasound bagi kes kemalangannya tempohari..bukan ambilalih tugas memandu yang nak aku ceritakan, jadi aku bukan nak merungut dan bersungut penat atau letih kerana terpaksa menjadi supir (
sekurang-kurangnya aku boleh baiki skill memandu). lagi pun my-v tu amat selesa maksud aku walau waktu panas terik, dia tetap
cool jadi tak der sebab aku nak merungut panas (bila ada yang cakap aku merungut panas dan letih, baru aku perasan..rupanya ada orang terfikir sebegitu..
.DEMI ALLAH! tak pernah terlintas dalam hati aku untuk merungut sebegitu..malah aku rasa seronok sebab sekurang-kurangnya aku boleh hilangkan
tension kerja sekejap...hehehe
back to my story, aku ingin berbicara soal sakit..insiden yang berlaku pada abahku di klinik kesihatan pasir mas baru-baru ni cukup menginsafkan aku..abah hampir saja terjatuh akibat tersepak kayu jika aku terlambat memapahnya..di saat itu aku benar-benar mengerti akan makna
SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA (
every cloud has a silver lining)..baru aku faham kenapa di saat ini aku masih belum bertemu jodoh atau mungkin aku ditakdirkan untuk tidak punya jodoh..jika itu ketentuan-NYA, aku
REDHA..
apa pulak kena mengena dengan jodoh???...
i know it's sound silly, tapi cuba bayangkan jika bonda dan abahku sakit..siapa yang akan bantu mereka jika aku terpaksa tinggal berjauhan dengan mereka?? memanglah ada jiran dan sanak saudara tapi aku dapat rasakan bahawa akulah anak yang paling tak berguna dalam dunia ni jika aku tak dapat membantu mereka berdua dan aku tahu mereka berdua tak suka nak menyusahkan orang lain..
...zahir kau lihat bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
zahir kau lihat hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis...
(lirik dunia batinku | ella & tam spider)
n-r:
semoga mereka gembira dengan calon pilihan masing-masing..aku tumpang gembira dan semoga calon pilihan mereka menyayangi mereka dan keluarga
Read more...