ღpagi yang sibukღ
pagi ini merupakan pagi yang cukup sibuk buat aku..seawal jam 7.00 pagi tadi aku telah ke kota bharu untuk menghantar adikku ke tempat kerjanya di tesco..pulang dari sana aku singgah sekejap di pejabat..setelah selesaikan apa yang patut, aku pulang semula ke rumah untuk mengambil abahku untuk di bawa ke klinik kesihatan bandar pasir mas..sampai di klinik, nurse memberitahuku yang makmal darah masih lagi dalam proses baikpulih jadi tak boleh mengambil ujian darah..aku sedikit geram dengan jawapannya lalu bertanya, kalau dah tau masih belum siap kenapa diberi tarikh hari ini? dengan selamba dia menjawab, memang sepatutnya makmal siap awal bulan april dulu, sebab tu diberi tarikh 11 mei 2009..hey cik misi, last abah aku ke klinik ni tanggal 5 mei 2009 so pastinya korang dah tau kan yang makmal tu belum siap?? kot yer pun nak kelentong, patut-patut la..dah la abahku dipesan supaya berpuasa..kesian dia..sampai jadi gelap mata sebab perut kosong..last-last, dorang hanya menyusahkan kami..patutlah orang ramai malas nak berurusan di hospital kerajaan
sebelum pulang aku bertanya lagi pada nurse yang bertugas, so bila boleh ambil darah?? dia jawab, awak telefon la dulu..makin berasap aku dengar jawapan tu..mana la aku tau bila makmal ko tu nak siap cik kak oiii..aku bukannya kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan makmal tu..patutnya ko la yang telefon..angin betul aku ngan akak nurse ni
semasa dalam perjalanan pulang, abah telah ingatkan aku yang malam nanti dia nak ke klinik swasta di bandar pasir mas..
n-r: apa yang aku ceritakan bukan bermakna aku merungut penat atau letih membantu ahli keluargaku seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tapi sedikit kesal dengan sikap sebilangan manusia yang suka mengambil mudah atas segala urusan tanpa memikirkan kesusahan orang lain..

0 comments:
Post a Comment