Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Tuesday, May 12, 2009

ღhospital lagiღ

selama abahku sakit, tugas memandu diserahkan kepadaku jadi pagi ni aku membawa adikku ke hospital untuk membuat ujian ultrasound bagi kes kemalangannya tempohari..bukan ambilalih tugas memandu yang nak aku ceritakan, jadi aku bukan nak merungut dan bersungut penat atau letih kerana terpaksa menjadi supir (sekurang-kurangnya aku boleh baiki skill memandu). lagi pun my-v tu amat selesa maksud aku walau waktu panas terik, dia tetap cool jadi tak der sebab aku nak merungut panas (bila ada yang cakap aku merungut panas dan letih, baru aku perasan..rupanya ada orang terfikir sebegitu...DEMI ALLAH! tak pernah terlintas dalam hati aku untuk merungut sebegitu..malah aku rasa seronok sebab sekurang-kurangnya aku boleh hilangkan tension kerja sekejap...hehehe

back to my story, aku ingin berbicara soal sakit..insiden yang berlaku pada abahku di klinik kesihatan pasir mas baru-baru ni cukup menginsafkan aku..abah hampir saja terjatuh akibat tersepak kayu jika aku terlambat memapahnya..di saat itu aku benar-benar mengerti akan makna SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA (every cloud has a silver lining)..baru aku faham kenapa di saat ini aku masih belum bertemu jodoh atau mungkin aku ditakdirkan untuk tidak punya jodoh..jika itu ketentuan-NYA, aku REDHA..

apa pulak kena mengena dengan jodoh???...i know it's sound silly, tapi cuba bayangkan jika bonda dan abahku sakit..siapa yang akan bantu mereka jika aku terpaksa tinggal berjauhan dengan mereka?? memanglah ada jiran dan sanak saudara tapi aku dapat rasakan bahawa akulah anak yang paling tak berguna dalam dunia ni jika aku tak dapat membantu mereka berdua dan aku tahu mereka berdua tak suka nak menyusahkan orang lain..
Photobucket
...zahir kau lihat bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
zahir kau lihat hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis...
(lirik dunia batinku | ella & tam spider)

n-r: semoga mereka gembira dengan calon pilihan masing-masing..aku tumpang gembira dan semoga calon pilihan mereka menyayangi mereka dan keluarga

0 comments:

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP