Photobucket
Hidup bagaikan pentas opera..Tirai hidup dibuka..Ceritapun bermula... Hidup bagaikan pentas opera..Rentak lakon bermula.. Lakonkan penuh bersemangat wira..Pastikan langkahmu…Leburkan ketidak-adilan..Pastikan kedamaian..Pastikan jaya

Saturday, May 16, 2009

ღselamat hari guruღ

Photobucket
selamat hari guru aku aku ucapkan pada semua guru yang pernah mendidik aku semasa di sekolah kebangsaan dato' abdul hamid, sekolah menengah kebangsaan sultan ibrahim (2), pasir mas dan juga di sekolah menengah tengku muhammad faris petra, pengkalan chepa..jasa kalian tak pernah luput dari ingatan.

sajak guru oh guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

ღhospital lagiღ

selama abahku sakit, tugas memandu diserahkan kepadaku jadi pagi ni aku membawa adikku ke hospital untuk membuat ujian ultrasound bagi kes kemalangannya tempohari..bukan ambilalih tugas memandu yang nak aku ceritakan, jadi aku bukan nak merungut dan bersungut penat atau letih kerana terpaksa menjadi supir (sekurang-kurangnya aku boleh baiki skill memandu). lagi pun my-v tu amat selesa maksud aku walau waktu panas terik, dia tetap cool jadi tak der sebab aku nak merungut panas (bila ada yang cakap aku merungut panas dan letih, baru aku perasan..rupanya ada orang terfikir sebegitu...DEMI ALLAH! tak pernah terlintas dalam hati aku untuk merungut sebegitu..malah aku rasa seronok sebab sekurang-kurangnya aku boleh hilangkan tension kerja sekejap...hehehe

back to my story, aku ingin berbicara soal sakit..insiden yang berlaku pada abahku di klinik kesihatan pasir mas baru-baru ni cukup menginsafkan aku..abah hampir saja terjatuh akibat tersepak kayu jika aku terlambat memapahnya..di saat itu aku benar-benar mengerti akan makna SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA (every cloud has a silver lining)..baru aku faham kenapa di saat ini aku masih belum bertemu jodoh atau mungkin aku ditakdirkan untuk tidak punya jodoh..jika itu ketentuan-NYA, aku REDHA..

apa pulak kena mengena dengan jodoh???...i know it's sound silly, tapi cuba bayangkan jika bonda dan abahku sakit..siapa yang akan bantu mereka jika aku terpaksa tinggal berjauhan dengan mereka?? memanglah ada jiran dan sanak saudara tapi aku dapat rasakan bahawa akulah anak yang paling tak berguna dalam dunia ni jika aku tak dapat membantu mereka berdua dan aku tahu mereka berdua tak suka nak menyusahkan orang lain..
Photobucket
...zahir kau lihat bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
zahir kau lihat hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis...
(lirik dunia batinku | ella & tam spider)

n-r: semoga mereka gembira dengan calon pilihan masing-masing..aku tumpang gembira dan semoga calon pilihan mereka menyayangi mereka dan keluarga

Read more...

Monday, May 11, 2009

ღpagi yang sibukღ

pagi ini merupakan pagi yang cukup sibuk buat aku..seawal jam 7.00 pagi tadi aku telah ke kota bharu untuk menghantar adikku ke tempat kerjanya di tesco..pulang dari sana aku singgah sekejap di pejabat..setelah selesaikan apa yang patut, aku pulang semula ke rumah untuk mengambil abahku untuk di bawa ke klinik kesihatan bandar pasir mas..sampai di klinik, nurse memberitahuku yang makmal darah masih lagi dalam proses baikpulih jadi tak boleh mengambil ujian darah..aku sedikit geram dengan jawapannya lalu bertanya, kalau dah tau masih belum siap kenapa diberi tarikh hari ini? dengan selamba dia menjawab, memang sepatutnya makmal siap awal bulan april dulu, sebab tu diberi tarikh 11 mei 2009..hey cik misi, last abah aku ke klinik ni tanggal 5 mei 2009 so pastinya korang dah tau kan yang makmal tu belum siap?? kot yer pun nak kelentong, patut-patut la..dah la abahku dipesan supaya berpuasa..kesian dia..sampai jadi gelap mata sebab perut kosong..last-last, dorang hanya menyusahkan kami..patutlah orang ramai malas nak berurusan di hospital kerajaanbad

sebelum pulang aku bertanya lagi pada nurse yang bertugas, so bila boleh ambil darah?? dia jawab, awak telefon la dulu..makin berasap aku dengar jawapan tuangry..mana la aku tau bila makmal ko tu nak siap cik kak oiii..aku bukannya kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan makmal tu..patutnya ko la yang telefon..angin betul aku ngan akak nurse nigeram

semasa dalam perjalanan pulang, abah telah ingatkan aku yang malam nanti dia nak ke klinik swasta di bandar pasir mas..

n-r: apa yang aku ceritakan bukan bermakna aku merungut penat atau letih membantu ahli keluargaku seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tapi sedikit kesal dengan sikap sebilangan manusia yang suka mengambil mudah atas segala urusan tanpa memikirkan kesusahan orang lain..

Read more...

Sunday, May 10, 2009

ღhappy mother's dayღ





bonda
gambar ini di ambil setahun sebelum kelahiranku

selamat hari ibu buat bonda tersayang

Read more...

Wednesday, May 6, 2009

ღinjuredღ

tadi siang sedang asyik memotong bisnes kad, entah macam mana pisau yang aku pegang terpesong ke atas jari telunjuk kiri ku..terhiris sedikit..cepat-cepat aku menampalnya semula dan terus ke farmasi yang berdekatan untuk membeli handyplast..nasib baik kakak di farmasi sudi membalutkan handyplast ke jariku..terima kasih banyak yer kaklove
Photobucket

Read more...

Monday, May 4, 2009

ღoren da pussycatღ

hari ni aku nak cerita pasal kucing yang baru aku cuba nak bela...sebelum-sebelum ni memang ada kucing-kucing yang selalu datang lepak kat rumah aku..tapi aku tak lah ambil kisah sangat..aku hanya sekadar bagi makan kat mereka tu pun bila ada nasi lebih jer..lagi pun kucing-kucing yang berpeleresan tu semuanya jenis perosak..habis pasu bunga bonda tunggang langgang dikerjakan mereka.

bulan lepas, aku terpandang sekor kucing betina yang berbulu oren..'cantiknya kucing tu' aku cakap kat adik aku..dia pun akui perkara yang sama..aku tanya abah, kucing sapa kaler oren tu? kata abah, jiran sebelah punya..tapi yang peliknya, bila jiran aku nak datang ambil , si oren siap marah
Photobucket
mula-mula dulu, si oren (aku panggil dia oren) ni garang sangat..memang tak der sapa pun yang boleh dekat dengan dia..kalau pergi dekat dia..sure dia buat muka garang..siap bunyi lagi..gggrrrrr....aku cuma boleh tengok dia dari jauh jer..namun akhir-akhir ni, dia dah mula nak datang dekat dengan kita orang ..gesel-gesel badan dia tapi tetap menten garang..langsung tak boleh nak sentuh..amboiiii dia manja-manja dengan kita boleh..kita nak manja-manja dengan dia tak bolehbluwek!!!
Photobucket
tapi sejak semalam..si oren ni dah tak garang lagi..bila dia gesel-gesel badan dia kat kaki aku, aku dah boleh belai-belai dia..satu perkara yang aku suka kat oren ni ialah, dia tak masuk kat dalam rumah..kalau kami buka pintu pun, dia menten dok luarPhotobucket
Photobucket
n-r: kata orang tua-tua, kalau letak nama kucing dengan nama manusia, kucing tu cepat mati...yer kerthink
Photobucket

Read more...

DI TAMAN TEMAN


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam

Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
MESKI KAU BUKAN MILIKKU
TEGUH KAU DIHATIKU

PERCAYALAH..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

HOROSCOPE

CUBA


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP