ღlala oh lalaღ
ahad lalu, aku bersama rakan sekerja dan seorang rakan telah menjamu selera di sebuah restoran nasi ulam di kepala jambatan salor. konsep restoran ni layan diri, jadi rakan sekerja aku yang pergi mengambil makanan dan aku akan "chopp" meja makan sebab restoran tu kalau waktu lunch, memang akan penuh dengan pelanggan.
rakan sekerja aku mengambil siakap masam manis, lala masak merah dan sayur masak lemak sebagai hidangan kami untuk petang itu. punya la terliur pada lala tu Allah saja yang tahu. tapi mengenangkan yang aku terpaksa berpantang makan seafood, aku kuatkan semangat. godaan mereka langsung tak aku hiraukan. ALHAMDULILLAH, siakap masam manis sudah cukup untuk mengenyangkan perutku.
aku ingatkan godaan lala telah berakhir, namun perhitunganku tersasar. petang semalam, bonda telah memberitahuku supaya jangan terkejut jika membuka tudung saji, kerana bondaku tau yang aku sedang berpantang. "MASYA ALLAH, lala lagi " kataku. kali ni, bukan lala masak merah tapi lala masak lemak. aduh, sungguh selera sekali. aku tetap kuatkan semangat, "nak baik cepat kena ikut arahan" kata hati kecilku.
jam 6.30 petang, abahku pulang dan tergaru-garu lengannya. tak pernah-pernah abahku bersikap sebegitu sebelum ni. lepas solat maghrib makin menjadi-jadi gatalnya. mulanya aku dan bonda mengandaikan yang abahku hanya terkena ulat bulu tapi abahku menafikannya. jam 9.30 malam, aku bawa abahku ke klinik yang berdekatan kerana tak sampai hati melihat keadaan beliau. masa berjumpa doktor, beliau bertanya abahku "ada makan apa-apa tak?". abahku menjawab ringkas, "lala". kata doktor tu, mungkin lala yang abahku makan tak sesuai dengannya kerana sebelum ni abahku memang tak pernah alergik ngan seafood.
p/s: sesungguhnya aku bersyukur pada-Mu Ya Allah, kerana dapat berbuat bakti pada abahku dan ternyata tak sia-sia lesen memandu yang aku miliki

2 comments:
Salam...
memang suka makan lala masak pedas...
Nyum2...
jumpa lagi.
lunaticg.blogspot.com
w'salam...my fav. oso..tp nak buat cam mana kan..kena la sabar dulu..huhuhu
Post a Comment