ღpasar di negeri serambi mekahღ
Janggal rasanya jika bertandang ke negeri Serambi Mekah, tetapi tidak singgah di pasar-pasarnya. Selain sebab untuk membeli ole-ole, di pasar-pasar beginilah kita boleh memerhatikan kehidupan rakyatnya yang kaya dengan budaya dan unik hidupnya. Meriah dengan keramahan serta manis dengan senyuman menjadi rahsia pemikat pengunjung luar terhadap penjual di negeri Kelantan ini.
Secekal namanya, begitulah penghormatan yang diberikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz terhadap semangat keusahawanan wanita Cik Siti Wan Kembang. Pasar yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Islam Kota Bharu ini selalunya menjadi perhentian pertama tetamu asing untuk mengenali wajah-wajah Kelantan sepintas lalu. Di sini, majoriti peniaga yang menggerakkan ekonomi terdiri daripada kaum hawa, bukan sahaja daripada bangsa Melayu tetapi juga Cina, Siam dan Kemboja. Mereka ini, amat fasih dengan loghat tempatan dan sentiasa mesra terhadap para pelanggan sehinggakan ramai yang terkeliru keturunan asal sebenar mereka.
Bangunan oktagon bertingkat empat ini mula riuh dengan para peraih seawal 6.00 pagi sehinggalah 7.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis barangan daripada hasil tanaman segar sehinggalah anyaman seni kraf tangan dari seluruh ceruk daerah terhimpun di satu tempat. Apa sahaja yang dihajati, keropok lekor, serunding daging, laksam,onde-onde, jala mas, salak, dokong, rempah ratus, batik, songket, ukiran perak tembaga dan hampir segala produk asli negeri akan termakbul di Pasar Siti Khadijah. Bingit suara, warna warni serta aroma semerbak yang memayungi pusat nadi rakyat Kelantan ini tentu sekali tidak akan dijumpai di tempat selainnya.

Inilah lokasi perniagaan yang baru bersinar di ibu negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga. Asalnya, penjaja di sini adalah daripada pasar di Jalan Hamzah, tetapi telah dipindahkan berikutan pembangunan di tapak lama. Sejak beberapa tahun lepas, pasar borong Wakaf Che Yeh mula meniti dari bibir ke bibir bukan sahaja warga tempatan tetapi juga pengunjung luar.
Boleh dikatakan pasar ini beroperasi 24 jam iaitu berkonsepkan pasar pagi, pasar runcit, pasar malam dan pasar borong. Paling menarik, ia menjadi begitu rancak di saat jam berdenting di tengah malam. Beratus-ratus gerai kecil dibina memenuhi celah-celah bangunan panjang sehingga penat kaki berjalan. Seribu satu barang daripada pelbagai fesyen pakaian, tudung bawal, kasut bundle, permaidani, perhiasan rumah, aksesori kereta, dan permainan kanak-kanak, semuanya boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Lagi untung sekiranya bijak memilih dan pandai tawar-menawar. Malah, pelancong tidak perlu risau walaupun kokok ayam telah bersahut, anda masih boleh menikmati hidangan panas masakan ala Kelantan dan Thailand yang banyak tersedia di kedai-kedai sekitarnya.

Destinasi popular bakal pengantin. Itulah masyhur di pasar bersempadan dengan Negara Gajah Putih ini. Sarat dengan beraneka produk dari negara seberang di Pekan Rantau Panjang pasti tidak terlepas daripada agenda lawatan ke Kelantan. Ramai yang kagum dengan hasil seni dan tingginya kreativiti peniaganya menghasilkan cenderamata untuk majlis perkahwinan, keraian ataupun sekadar buah tangan kenangan.
Daripada barang biasa seperti sapu tangan kecil sehinggalah sampah terbuang umpama sabut kelapa, digubah cantik sampai memukau pembeli untuk memiliki. Sudahlah harganya amat murah, comel dan unik pula bentuk bermacam jenis hiasan rumah, aksesori wanita serta manisan mulut warisan masyarakat negeri ini. Selain itu, barang tembaga, periuk belanga, alas tidur, pinggan mangkuk, termasuk buah-buahan tersedia dengan seribu pilihan di Pasar Rantau Panjang.
Sumber: QIADAH | Coretan: NIK KHARTINA NIK MAN

0 comments:
Post a Comment