ღmakanan ringan ala kelantanღ
Diperbuat dari beras pulut yang digoreng dan dijemur. Air manisan dari gula melaka digaul dan diadun bersama beras pulut yang telah dijemur. Bepang Pulut boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti bentuk empat segi dan bentuk bulat. Rasanya yang manis membolehkannya dinikmati pada setiap waktu.
SAGU BAKAR
Diperbuat dari tepung sagu. Adunan yang telah siap diterap kemudiannya dibakar menggunakan dapur kayu dan sabut kelapa. Sabut kelapa dan dapur kayu memberikan Sagu Bakar aroma yang boleh membangkitkan selera penggemarnya.
Kombinasi lada hitam dan tepung beras. Ladu kebiasaanya dimakan oleh wanita yang baru melahirkan anak sewaktu dalam pantang kerana ianya dipercayai boleh memanaskan badan. Namun ladu boleh dibeli dan dinikmati pada bila-bila masa.
BUAH CELAGI
Berasal dari Pokok Celagi atau lebih dikenali sebagai Pokok Asam Jawa atau Tamarind. Rasanya yang masam-masam manis menjadikan Buah Celagi sebagai makanan ringan yang cukup popular di kalanngan masyarakat Kelantan serta pelancong luar. Tidak lengkap kunjungan anda ke Kelantan tanpa menikmati Buah Celagi.
PUTU BERAS
Diadun dari beras yang dikisar halus dengan sedikit gula, air mawar serta pewarna. Sejenis kudapan atau makanan ringan yang amat digemari oleh golongan tua. Putu Beras juga turut dihidangkan pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri dalam bentuk yang lebih moden dan komersial.
Cukup terkenal malahan cukup sinonim dengan pantun Melayu.
Sorong Papan, Tarik Papan
Buah Keranji Dalam Perahu
Suruh Makan Saya Makan
Suruh Mengaji Saya Tak Tahu!
Berbentuk seakan-akan Buah Tanjung. Kandungan isi yang nipis serta masam-masam manis menjadikan Buah Keranji hidangan yang enak sewaktu bersantai bersama keluarga.
sumber: QIADAH
5 comments:
Kuih ladu tu mmg best makan time minum ptg. Teringat masa kecik2 dulu kat bawah pokok atas 'gere' sambil tgok pemandangan. :D Rock on!
lor ada gak peminat ladu..ingatkan saya sorang jek..hehehe
Salam...
Hampir semua di atas saya dah pernah makan kecuali buah keranji atau ada nama lain tak untuk buah keranji tu?
w'salam...rasa saya da mmg namanya buah keranji..x der nama lain
waaaaaaaaaaaa..
bepang pulut tu..
nak jugak..
tapi camner ye nak order.. huhu..
Post a Comment