ღsatu ceritaღ
petang semalam aku ke bank untuk memasukkan duit ibu ku ke ASB. setelah mendapati nombor giliranku masih jauh, aku memutuskan untuk ke mesin pendeposit untuk memasukkan duit ke akaunku.
sedang menunggu giliranku, aku disapa seorang makcik yang sudah agak berusia "mesin masukkan duit kan?" ya, balasku ringkas. "nak masukkan duit untuk anak", seolah-olah aku bertanya apa tujuannya berada di situ. dia terus mengomel halus tanpa mempedulikan mereka yang berada disekitarnya.
"lambat la pulak pakcik kat depan aku ni" kata hati kecil ku.
setelah sepi seketika makcik tadi bersuara lagi, "pandai masukkan duit kan?". "eh! eh! makcik ni, buat apa aku berdiri kat sini kalau aku tak pandai nak masukkan duit", hatiku bersuara. kalau aku tak pandai dah tentu aku akan beratur di kaunter, biarkan saja teller yang bertugas masukkan duit.
"boleh la", pendek saja jawabku sambil melemparkan senyum padanya. belum pun rasa geram dan nak tergelak dengan pertanyaan makcik tadi hilang sekali lagi makcik tu bersuara "mek tolong makcik yer". aku segera mengangguk. panggilan "mek" yang ku dengar membuatkan telingaku menjadi panas. aku pun tak tau kenapa aku cukup tak suka bila mana aku di sapa dengan panggilan sebegitu. sedangkan panggilan tu adalah panggilan manja dari seorang ibu buat seorang perempuan yang berpangkat anak bagi mereka yang tinggal di kelantan. kiranya seperti panggilan "anak" atau "nak" di sebelah pantai barat.
selesai memasukkan duit ke akaun ku, aku masukkan pula duit ke akaun anak makcik tadi. setelah ku hulurkan resit, makcik tadi mengucapkan terima kasih padaku. simpati pulak aku pada makcik tadi, sanggup datang ke bandar semata-mata hanya untuk memenuhi permintaan anaknya. aku kemudian meminta izin dari makcik tadi kerana tujuanku ke bank masih lagi belum selesai. ingatkan nombor giliranku da hampir tiba, namun sangkaanku meleset. aku terpaksa menunggu beberapa nombor lagi. sedang aku menunggu, aku terdengar suara yang agak kuat. seorang wanita tua mengatakan yang duitnya di dalam ASB telah "dicuri". baki duitnya di dalam ASB telah susut sebanyak RM61,000. walhal sebelum ni duitnya ada sebanyak RM75,000. katanya lagi, kedatangannya ke bank ditemani seorang anak hanya untuk mengeluarkan sejumlah wang yang sedikit sahaja bukan dengan jumlah yang besar. beliau seolah-olah menyalahkan pihak bank atas kehilangan wang tersebut. pegawai bank bertanya "makcik dah buat repot polis?", soalan itu tidak diendahkan dan beliau terus mengomel.
kata seorang pelanggan bank kepada rakannya, "ini mesti kes mak suruh ambil RM1,400 tapi anak letak RM14,000 di resit pengeluaran. perkara ni pernah terjadi pada jiran aku". aku menggelengkan kepala mendengar kata-kata beliau tadi. demi kepentingan diri dan demi wang, sanggup menipu ibunya sendiri.
teringat pula aku akan duit ibuku yang bakal aku masukkan ke akaun ASB. buku ASB tersebut atas nama aku dan ibuku hanya menumpang letak duitnya kerana beliau tidak suka untuk membuat sebarang urusan dengan pihak bank kecuali terpaksa. terdetik dihatiku "YA ALLAH! jangan sesekali kau pesongkan hatiku seperti mana yang telah berlaku pada anak makcik tadi"

0 comments:
Post a Comment